Monday, June 16

JAUH DARI CINTA

Cik Hani | 21:37 | 2Comments |
I love this novel so much! then dapat tahu pulak ceritanya dah di adaptasi di astro mulai hari ini..
untuk episod pertama. di lakonkan oleh Anzalna Nassir ( Nyssa ) dan juga Hafizul Kamal ( Farish Aqil )
korang mesti tengok tahu.. sebab cite ni banyak iktibar boleh ambik ;)


JUDUL : JAUH DARI CINTA
EPISOD : 28
GENRE : Romantik-Drama
TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin-Khamis - 5.00 petang)
SIARAN : Astro Prima dan Maya HD
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PENULIS NOVEL : Adah Hamidah
PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir

WATAK PELAKON

Anzalna Nasir sebagai Nysa Sakinah
Hafizul Kamal sebagai Aqil
Shera Aiyob  sebagai Lily



SINOPSIS JAUH DARI CINTA

Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula,dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.

Namun,mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka.Sukar untuk Nysa menerima Farish.Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak Akan tetapi,layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran. Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti.Namun,mereka tetap disatukan.

Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja.Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily.Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily.Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish,sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang.Lily telah lama dilupakan.
Farish yang bengang dengan keputusan Nysa,mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily.Apakah berlaku seterusnya?

2 comments:

  1. Banyak dah drama dibuat mengikut novel kan. Hehehe sesiapa penggemar novel macam hani, sure suka sangat. Ena ni kurang gemar tengok drama melayu. Tengok bila rasa bosan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. ramai skrg suka membaca novel ni ena, tp tgk juga klu kat tv ni ni tuka2 jalan cerita, xsyok... lg feel baca novel

      Delete