Monday, June 9

5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)

Cik Hani | 00:38 | 0Comments |


Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).

Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.
Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri padaNya. Dekatkan diri pada allah, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

info : facebook

No comments:

Post a Comment