Thursday, May 15

"Saya Rasa Saya Betul"

Cik Hani | 01:08 | 2Comments |
Dimulai dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Sedang tadi membaca tafsir Al-Quran Surah Al-Kahfi, jiwa saya terusik dan tertanya sendiri, apakah saya tergolong dalam golongan itu, golongan yang sakit dan sering berfikiran :
"Saya rasa saya sentiasa betul!!".

Naauzubillahiminzalik. Minta dijauhi. Namun begitu, sebagai manusia yang lemah dan sering alpa, saya sedar dan bimbang andai diri ini juga tidak terlepas dari perbuatan yang menzalimi diri sendiri. Astagfirullahalazim. Mohon ampun dari-Mu Tuhan. Ampunkanlah segala dosa-dosaku.

Sahabat. Suka saya kongsikan petikan ayat-ayat tersebut di sini, agar menjadi peringatan buat diri saya sendiri pada masa akan datang, dan seandainya sahabat turut mendapat manfaat darinya, segala pujian dan syukur kepada Allah yang paling berhak atas segalanya.

Siapakah orang yang rugi?

[103]Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[104](Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

[105]Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[106](Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.


Apakah balasan kepada orang yang beriman dan soleh?

[107]Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

[108]Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.


Maha Suci Allah 

[109]Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Dari: SUMBER

2 comments: