Tuesday, May 13

REVIEW : NOVEL KELUARAN FIXI. SANCTUARIA

Cik Hani | 01:01 | 0Comments |
Hyeppp... hani tak reti sangat nak komen tentang novel ni.. just nak komen tentang novel yang hani baru habis baca... SANCTUARIA.. penah dengar novel ni? siapa peminat setia novel FIXI, tentu tau kan??? tajuk pun dah pelik apa lagi ceritanya bukan? sebelum ni penulis ni cukup terkenal dengan novelnya bertajuk MENTAL..keluaran FIXI juga.. kalau tak silap hani, novel tu dulu covernya gambar topeng rasanya... tapi hani beli cover gambar budak.. hehehe... now FIXI pakai balik cover lama tu... okiess, SANCTUARIA, cerita ni mengisahkan tentang kehidupan lain yang wujud dan diberi nama SANCTUARIA.. tahniah buat penulis SHAZ JOHAR.. sebab berjaya mendera mental hani... hani mula mula baca, tak sabar sangat nak tahu tentang tempat tu.. tempat tu diketuai oleh YANG ARIF,  kalau nak tahu selanjutnya? baik korang dapatkan kat pasaran yee hahaha.. hani tak mau bagi review lebih lebih..cukuplah hani katakan...itulah yang terjadi pada masyarakat sekarang..buka minda, baca novel tu, dan korang akan bagi jawapan yang sama macam hani.. okey, jom baca sinopsisnya pula :)

21964165

"Satu kampung ni tau pasal tempat tu. Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat."
"Mana Pakcik tau semua ni? Pakcik pernah pergi sana, ke?"
"Tak."
SANCTUARIA (baca: sang-tu-a-ria) membuka misteri satu kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang lebih baik di satu dunia yang baru. Hidup yang lebih bebas dan bertoleransi. Tiada agama yang mengekang dan melarang. Tiada bangsa yang menang. Semua hidup dalam satu ideologi yang sama. Semuanya satu: Satu Sanctuaria.

dapatkan novel ni di stokis FIXI sekarang ye!! ayuhh!!!.. nanti hani update review novel lagi, tentang AWAN pula.. :))


No comments:

Post a Comment