Saturday, May 3

Resepi BiBimBap (Korea)

Cik Hani | 20:03 | 2Comments |
Resepi Bibimbap

Bahan-bahan:
Nasi putih
Daging Kisar
(diperap dengan kicap cair, lada hitam dan bawang putih)
Minyak Bijan
Garam
Lobak merah
Bawang besar
Cendawan
Daun bawang
Timun
(sayuran boleh pilih ikut tekak memasing yer)

Cara-cara:

1. Semua sayuran di potong memanjang.
2. Lepas tuh panaskan kuali ngan sedikit minyak bijan. tak suka minyak bijan boleh letak minyak masak or minyak zaitun. Dah panas minyak tu korang masukkan lobak merah, pastu masukkan sedikit kicap cair. Kalau korang rasa nak tambah garam pun ok gak (ikut tekak korang).
3. Bila sayur dah Nampak nak masak, ketepikan. Pastu teruskan cara yang sama dengan sayuran yang lain sehingga selesai.
4. Untuk daging pon sama seperti cara di atas, ketepikan. 
Kalau tak ada daging korang boleh guna telur dadar/telur mata.

Bahan sos:

Bawang Putih (dicincang)
2 sudu besar paste cili korea
1 Sudu besar Minyak bijan
Kicap cair
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit bijan yang disangai.

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan hingga sebati. 
Tambah gula/garam ikut suka ati/tekak korang.


Cara hidang :
Masukkan nasi putih kedalan mangkuk. 
Kemudian susun sayur tadi ikut kretiviti korang. 
Kat tengah2 korang letak daging kisar, pastu letak sos bibimbap. Siap…


Sebelum makan, gaulkan dulu.. hehe

2 comments:

  1. Waa menarik heee nampak sedap...orang korea suka mkn sayur kan..kebanyakkan menu mesti ada sayur yg banyak huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..korea byk mkn syur.. sbb tu bdan diorg sume sht2.. hehe

      Delete