Saturday, May 17

Qalam Band : Band paling the best tahun ini :)

Cik Hani | 13:06 | 4Comments |
Penubuhan Qalam Band bermula apabila pemain dram, Mohamad Alias Mohd Esa menyertai satu program uji bakat RTM di Ipoh, Perak.
"Program itu menemukan saya dengan Ketua Bahagian Rancangan Perak FM, Fauzi Ramli dan dari situ tercetuslah inspirasi penubuhan Qalam Band," cerita Alias.
Cerita Alias, kumpulan itu menggunakan nama Ajim Band namun ia tidak dapat bertahan akibat beberapa masalah teknikal. Ajim Band atas dorongan Fauzi Ramli bertukar nama kepada CNC Band.
Nama Qalam Band kemudian terhasil oleh pengamatan Othman Mahmood yang sudah lama bergelumang dalam sepak terajang dunia muzik. Nama Qalam Band dicetuskan sendiri Othman selepas CNC bernaung sebagai artis rakaman bawah syarikatnya, Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd., sekitar pertengahan tahun 2012.
Dianggotai oleh Muhammad Zainol Mohd. Nor (Erfan), selaku vokalis, Alias Mohd. Esa sebagai pemain drum, Faizwan Farman Farod Hasfardy (gitar), Mohamad Hanif Omar (pemain keyboard) dan Wan Mukhammad Mukhrizad Wan Mokhtar (vokalis kedua). 
Ternyata pilihan Othman selaku penerbit single berkenaan untuk merakamkan semula lagu ciptaan sepenuhnya komposer dari Singapura, Apit itu membuahkan hasil. Apit juga tidak asing lagi dalam industri muzik di Malaysia, terdahulu dia pernah bekerjasama dalam pembikinan untuk album Salem dan kumpulan Kristal.
"Beberapa tahun lalu, lagu Di Lamun Rindu sebenarnya pernah dirakamkan oleh Apit bersama kumpulannya, Baron Bros. Versi asal Di Lamun Rindu telah ditonton lebih 700,000 kali di YouTube. Dari situ kita ambil lagu itu untuk jadi pengenalan Qalam Band," ujar Othman tanpa perlu menyembunyikan fakta.
Setelah dirakam semula oleh Qalam Band dan dilancarkan pada Ogos lalu, single Di Lamun Rindu mudah mendapat penerimaan pendengar dan mula berputar di corong-corong radio. Biarpun lagunya masih mengekalkan jalur rock balada, sentuhan muzik urban dan imej pop diharapkan menjadi kombinasi yang lengkap untuk anak-anak muda yang mahu menongkah arus muzik itu.
(kredit t0 : Kosmo online)
Oh ya, jangan lupa dengarkan lagu terbaru mereka di corong corong radio anda yea!
 "RINTIHAN QALBU" feat Rafidah :)

4 comments:

  1. Layan juga band ni ye.. nice sharing & salam hujung minggu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah layan juga hehe... tq yea :)

      Delete
  2. suka dengar dorng nyanyi lamunan rindu .. hehe

    ReplyDelete