Sunday, May 11

Merisik Sebagai Tanda Ingin Memiliki?

Cik Hani | 19:34 | 0Comments |
Tujuan merisik dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Apakah ia tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal.  saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. Selalunya ahli keluarga atau saudara mara yang lebih tua yang jadi wakil yang akan datang merisik. Kalau ikut adat, pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan. Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut. Selain itu dengan merisik, wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran seterusnya berbincang untuk menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
Merisik ni juga sesuai bagi mereka yang dah lama minat pada seseorang, tapi segan nak cakap, jadi kita hantarlah wakil pergi tanyakan keluarga si dia. Merisik juga sesuai dengan situasi bakal pengantin tak kenal satu sama lain. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
Untuk menjimatkan masa dan wang. Gunakan pendekatan ini iaitu apabila merisik, teruskan melangsungkan pertunangan. Namun bukan pertunangan seperti ada hantaran. Tidak. Cukuplah merisik, kemudian jika pihak perempuan bersetuju, serahkan cincin itupun sudah dikira sebagai pertunangan.

No comments:

Post a Comment