Friday, May 23

Menu Resepi Untuk Kita Sama-sama belajar: ASAM PEDAS NEGERI MELAKA :)

Cik Hani | 11:45 | 2Comments |
Yurmm yurmm.. korang, inilah menu tiap tiap hari hani makan tauu... menu wajib yang perlu ada untuk dinner malam, hehehe... bukan ni je, menu pembuka selera perlu ada sambal belacan dan ulam. :)

Hani nak share menu asam pedas orang melaka. al maklumlah hani ni orang melaka, family hani pindah ke selangor dan menetap di selangor sampai sekarang. Melaka tinggal kenangan. tapi setiap kali berkunjung ke melaka, kiteorang tak akan lupa beli belacan dan cencalok disana. hehe. so, inilah menunya. semoga kita sama sama belaja memasak dan cukup ramuan bahan yang hani beri ni. hehe. hani tak berapa pandai masak, tapi orang kata, belajar, itu yang penting sekali.. hehe...

Ikan yang sesuai untuk masak asam pedas ni, tak kisah ikan apa.. selalu hani masak guna ikan pari dan kalau nak lagi sedap, korang letak ikan patin.. okies?? hehehehe


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tebal pipi (kurang leboh 500 gram beratnya)
12 batang bendi muda
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan kemudian potong sedikit pangkal dan hujungnya (che mat guna bendi kontot, jadi tak perlu dipotong dua). Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

2 comments:

  1. terliurnya!! da la tk lunch lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekekeke... tahan pewot tu hehehe..

      Delete