Friday, May 16

Khasiat Madu Lebah

Cik Hani | 16:28 | 0Comments |

Kaedah simpan madu dengan baik


Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.

Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-

  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam  bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau ( durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya ). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Kelebihan Madu Lebah

  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

  • Membersih dan menambah darah.

  • Mengelak cacing perosak dalam perut.

  • Menambah kelazatan makanan.

  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.

  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.

  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.

  •  Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.

  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.

  • Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.

  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.

  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).

  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
 


Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah



  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.

  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.

  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.

  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.

  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.

  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.

  • Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
 
 Madu lebah untuk kesihatan.



1- madu lebah boleh merawat ulser diabetes.

2- madu lebah boleh merawat lecur kebakaran.

3- madu lebah boleh merawat mukositis akibat radiasi.

4- madu lebah boleh merawat diabetes dan komplikasinya.

5- madu lebah boleh merawat osteoporosis.

6- madu lebah boleh melambatkan menopos.

7- madu lebah boleh merawat luka.

8- madu lebah boleh membekalkan tenaga dan menguatkan stamina.

9- madu lebah boleh meningkatkan tenaga batin bagi kaum lelaki dan perempuan.

10- madu lebah boleh merawat rabun penglihatan (rabun jauh)

11- madu lebah boleh melicinkan kulit dengan penyuburan sel kulit.

12- madu lebah boleh membantu penghadaman.

13- madu lebah boleh mengubati cirit birit (antibakteria)

14- madu lebah boleh mengurangkan berat badan dan mengurangkan kolestrol.

15- madu lebah boleh merawat penyakit jantung seperti lemah jantung dan saluran jantung tersumbat.

16- madu lebah boleh merawat dan mencegah kanser dll sempena jaminan Allah dalam AlQuran bahawa ianya penyembuh bagi manusia dengan izin Allah.

Madu lebah juga terbukti mampu memperbaiki dan mengaktifkan sel-sel dalam badan. Madu lebah boleh meperbaiki sel radikal bebas dalam badan yang mana sel elektron yang tidak berpasangan disebabkan oleh penyakit kronik yang merampas dan memusnahkan pasangan sel-sel tertentu yang akhirnya boleh mengurangkan kestabilan dalam organ badan seperti elektron tak berpasangan (e) menjadi sangat aktif. 

Madu lebah boleh bertindak mengaktifkan oxygen spesis/ROS dan juga nitrogen spesis/RNS. Madu lebah juga boleh mengaktifkan elektromagnetik jantung yang boleh merawat serta mencegah jantung dari penyakit lemah jantung. Begitu juga, madu lebah boleh membantu pengaliran oksigen dalam darah ke jantung dan seluruh badan.


Madu lebah merupakan anugerah Allah kepada sesiapa yang mementingkan kesihatan dalam kehidupannya dan keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Malaysia,cuma 23% madu lebah dipasaran Malaysia yang asli. Selebihnya merupakan madu lebah tiruan dan madu lebah sintetik. Ini yang menjadikan masyarakat kita sentiasa dalam kebimbangan bila berhasrat membeli madu lebah dipasaran. Jika tersilap beli madu lebah tiruan, bukan ubat yang dimakan, namun mudarat yang diundang. 

Memang terlalu susah nak bezakan madu lebah asli dengan madu lebah tiruan melalui kaedah biasa memandangkan madu lebah asli berbeza kandungan mengikut jenis pokok madu lebah itu berasal. Warna madu lebah juga mengikut umur madu tersebut dan mengikut jumlah propolis dalam madu lebah itu. Jika lebih banyak propolis dan lebih tua madu lebah itu, maka lebih pekat dan lebih hitam madunya. Begitu juga dari segi musim tuaian madu lebah juga diambil kira dari segi kecairan dan kepekatan madu lebah itu. Jika madu lebah itu dituai dimusim hujan, maka madu lebah tersebut lebih cair berbanding madu lebah yang dituai di musim kemarau.




No comments:

Post a Comment