Saturday, May 17

Kasut Kita Mungkin Sama, Tapi....

Cik Hani | 15:57 | 4Comments |

Ujian dan  dugaan hidup setiap dari kita berbeza-beza. Allah swt berfirman, apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga sedangkan kamu belum diuji? Nah. Redhalah dan terimalah segala apa jua ujian yang menimpa kita kerana sesungguhnya, setiap apa jua yang Allah ciptakan, tiada apa yang dijadikan sia-sia. 

Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah swt. Buruk pada pandangan kita mungkin baik pada pandangan Allah swt, kita ini hamba, ada banyak yang kita tidak tahu sedangkan Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ilmu Allah, jika digunakan seluruh lautan sebagai dakwat, dan apabila habis di tambah lagi sebanyak seluruh lautan, masih belum cukup untuk menulisnya. Allah Maha Besar. Kita ini hanyalah hamba yang kerdil.

Benarlah, ujian kita berbeza-beza. Nescaya lelahlah kita, sekiranya kita cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain.

Usahalah, mencuba sedaya upaya kita untuk tidak berkata :

"Masalah aku, beban aku, ujian aku lagi besar daripada kau. Kau bukan aku, kau tak rasa! Kalau kau duk kat tempat aku pun mungkin kau tak mampu kuat macam aku."

Ya benar, kita tidak berada di dalam kasut orang, mustahil kita dapat merasa kesakitan atau keselesaan yang sama. Dan jika sekalipun kita memakai kasut yang sama serupa, saiz kaki kita berbeza-beza, rupa bentuk kaki kita juga berbeza-beza, penyakit yang kita tanggung juga berbeza-beza, makanya, apa yang kita jangkakan? Berpada-padalah..

Allah swt berfirman. Allah beri dugaan kepada hambaNya mengikut kesanggupan dan kemampuan hambaNya itu.

Allah swt juga berfirman, dosa kita, kita yang tanggung. Kita tak akan dipertanggungjawabkan atas dosa orang lain. Ha betullah. Kubur masing-masing. Buku amalan pun masing-masing. Nafsi! Nafsi!

Di dunia ni cuma sekejap saja.

Jangan kata masalah orang lebih ringan. Jangan kata orang lain lebih kuat. Jangan kata ujian kita lebih besar.

Tak ada apa pun yang terjadi dalam dunia ini, bahkan di akhirat kelak, tanpa izin dan pengetahuan Allah taala. Walau sehelai daun yang gugur sekalipun.

Apa yang terjadi pada kita. Memang kita layak. Memang kita berhak. Kerana kita ini cuma hamba, terserah pada Dia untuk menentukan segalanya.

Cumanya.. Kita ini perlu berusaha dan banyak berdoa.. Agar sentiasa dalam redha Allah, walaupun tersesat ditunjukkan jalan pulang. Walau berdosa diberi peluang untuk bertaubat. Dan kembali kita kelak ke hadrat Tuhan dengan jiwa yang tenang.

Moga kita, sentiasa positif dan optimis, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersangka baik, memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah taala.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita akan kembali.

4 comments:

  1. Eikin suka entry ni , sebab semua org akan di uji dengan ujian-Nya . So kita just perlu tabah untuk handle dugaan or ujian tu :D

    Jemputlah baca entry baru Eikin : http://eikingg.blogspot.com/2014/05/mencari-blogger-bertuah-untuk-linkkan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eikin.. inshaAllah, hani terjah nanti :)

      Delete
  2. setiap orang akan di uji dengan pelbagai ujian yang berbeza. kita sebagai hambaNya kena redha, kuat dan tabah menghadapi setiap yang berlaku. :)

    Jemput dtg blog ai http://missbaybeeboo.blogspot.com/ :D

    ReplyDelete