Saturday, May 3

Kalau Kita Sukakan Seseorang....

Cik Hani | 15:45 | 2Comments |
Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. 
Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita.
Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.
Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka.
Jika suka, katakan suka.
Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. 
Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.
Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian.
Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita.
Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.
Belajarlah dengan tegas berkata, “Ya” atau “Tidak”.
Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan.

2 comments:

  1. Setuju ni. :) Kalau suka, bagitau. Tapi, mesti berat rasa nak meluahkan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... berat perasaan nak meluahkan, tapi lagi terluka hati seseorang tu jika tak luahkan .. kan? :)

      Delete