Wednesday, May 7

Janji kamu dan Si dia...

Cik Hani | 12:13 | 4Comments |

Walau seteguh mana pun janji yang kamu dan Sidia buat dalam hati,
Walau sekuat mana pun kamu cuba pertahankan hubungan yang ada,
Kalau sudah takdir dia bukan jodohmu,
Dia tetap akan melangkah pergi,
Pergi yang tak akan kembali,
Janji hanya tinggal janji,
Dan hubungan yang ada hanya tinggal kenangan,
Disaat itu hati macam nak pecah menahan tangisan,
Disaat itulah juga kamu merasakan dunia macam nak terbalik,
Sebenarnya
Dari situlah Allah nak ajar,
Allah beri kamu ujian sebab
Allah nak tarik dirimu daripada cinta yang lalai,
Allah nak sedarkan kamu,
Allah nak kamu dekatkan dirimu pada Allah
Allah nak dirimu bangkit dari ujian ni hanya kerana Allah,
Allah cuba melindungi dirimu daripada cinta yg tak pasti,
Jadi,bangkitlah kamu,
Berdiri tegaklah kamu dalam bumi Allah ini hanya keranaNya,
Lap bersih air mata sucimu itu,
Redhalah dengan segala ujian yang sudah Allah beri padamu,
Supaya kelak Allah juga akan meredhai perjalanan hidupmu .
Yang pasti perjalanan kita dalam bumi ni hanyalah untuk mencari keredhaan Allah ..

4 comments: