Monday, May 12

Buah Naga Meningkatkan Daya Tahan Penyakit

Cik Hani | 11:23 | 0Comments |
Khasiat buah naga

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan postasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah lain yang diimport.Malah ia juga cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
Kajian menunjukkan buah naga merah sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
Ini bermakna ia boleh mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama menurunkan kadar lemak dalam badan.
Secara keseluruhannya setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung. Serat pula mampu mengawal kanser usus, kencing manis dan diet.
Karotin bagus untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit. Kalsium untuk menguatkan tulang dan fosforos membantu pertumbuhan tisu badan. Buah naga juga mempunyai zat besi untuk menambah darah.
Selain itu, vitamin B1 dalam buah naga boleh mengawal kepanasan badan, vitamin B2 untuk menambah selera. Vitamin B3 bagi menurunkan kadar kolestrol dan vitamin C menambah kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

No comments:

Post a Comment