Saturday, May 31

Apabila mahu berhubung dengan orang lain, kenal pasti kaedah yang terbaik untuk dirinya dan bukannya untuk diri kita.

Cik Hani | 00:07 | 0Comments |

Bismillah. Tip kita berhubung dengan orang yang terlalu sibuk ataupun pemimpin yang banyak pengikut, termasuk individu yang berpengaruh di facebook. Contohnya ustaz, motivator, penceramah, trainer, wakil rakyat, calon wakil rakyat dan sebagainya.

Ini langkahnya.

1. Berikan salam,

Contohnya : Assalamualaikum Tuan Ahmad yang dirahmati Allah lgi disayangi Nabi,

2. Teruskan ajukan pertanyaan kita, tidak perlu tanya khabar ataupun menceritakan ataupun menanyakan sesuatu yang tidak penting. Ajukan soalan secara terus.

Ini kerana kita sedang berurusan dengan manusia yang perlu berurusan dengan orang, sedangkan orang itu juga ada masa 24 jam sahaja sehari. Dia perlukan masa untuk Tuhannya, keluarganya, dirinya, pekerjaannya, jirannya. Jadi masa untuk berhadapan dengan kita adalah terhad, kerana ramail lagi yang sedang menanti ataupun turut berhubung dengan beliau sama ada melalui 'chat' di facebook.

Mohon maaf saya juga tidak terdaya lagi bagi memenuhi pertanyaan terutama yang bermula dengan mukadimah yang panjang berjela-jela. Hantarkan mesej yang pendek dan padat. In Syaa Allah saya sempat hendak membaca.

Saya kagum dengan Tuhan yang boleh memberikan ruang kepada setiap hambanya meluahkan perasaan 24 sehari dan bersabar mendengar rintihan hambaNya.

Manusia sangat terbatas masanya, walaupun beliau seorang pemimpin. Semakin ramai pengikut ataupun penyokongnya, semakin terhad masa yang beliau dapat peruntukkan bagi setiap pengikut yang berurusan dengan beliau.

Hormati kesibukan orang yang hendak kita berhubung dan gunakan kaedah saluran yang betul apabila kita berkomunikasi dengan mereka.

Credit: Shamsuddin Kadir

No comments:

Post a Comment