Friday, May 30

Akbar Tulisan Jawi

Cik Hani | 00:25 | 1Comments |
Sekarang dah jarang nampak akbar jawi di jual di mana mana kedai pun.
kenapa eh? bagi hani benda macam ni penting, orang kata jangan hidup terlalu moden,
sampai tak tau nak membaca jawi. .hani just nak luahkan perasaan yang terkilan bila akbar jawi susah nak di dapati di kedai berhampiran. mula-mula rasa macam membenci tulisan tu, tapi percayalah, seronok belaja bahasa jawi ni. dulu hani memang tak suka... maybe masih kecil dan rasa benda tu rumit. tapi itulaa yang hani belaja tiap kali datang ke KL. arwah nenek hani suka langgan akbar jawi. kita nak tengok suratkhabar utusan malaysia, metro, harian pun susah, dan setiap kali tu, kami adik beradik, suka luang masa bersama sama membaca. kami akan bertanya, sekiranya masih tidak faham dan ragu-ragu untuk menyebutnya. hehe.. rindu masa dulu dulu. kami sering gelak ketawa bila salah seorang dari kami tersalah eja dan sebutannya pun tak lancar. sebab baru belaja kan..


Seronok sangat bila sebutannya yang disebut tu betul, hani akan sentiasa study, sebab hani memang tak suka lupakan bahasa jawi ni.. ini adalah ilmu.. dari korang tak buat apa, baik korang betulkan sebutan korang tu kan.. bacaan jawi ni macam korang baca Al-quran juga kan tapi bezanya, jawi tak de hukum, tajwid dan sebagainya la hehe.. 


Kalau boleh hidup ni sentiasa kena belaja, ilmu agama pun perlu. jangan orang kata hanya islam dalam ic tapi bila pasal agama, tak tau nak kata apa. inshaAllah, hani sedang perbaiki diri. walau tak sempurna mana, asalkan ada sedikit walau tak banyak. inshaAllah, nanti hani update lagi ye. Salam :)

1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik.. Tahniah!! Jom lawat ke blog 'Rindu Jawi' pula di http://puteramizai.blogspot.com/

    ReplyDelete