Monday, April 7

:: WANITA : PANDAI MEMASAK ::

Cik Hani | 20:16 | 1Comments |

♥ "Perempuan kenalah pandai masak."
♥ "Perempuan kalau belajar jauh-jauh kat mana pun, bab masak kenalah pandai."
♥ "Perempuan kalau pandai masak, cepat kahwin."
♥ "Si H tu cepat kahwin sebab dia pandai masaklah.."
♥ "Suami kalau nak makan, dia nak air tangan isteri juga.."


~✿» Seorang ISTERI SOLEHAH hendaklah MEMASAK DENGAN AIR TANGANNYA SENDIRI kepada suami..air tangan isteri yang memasak LEBIH BERKAT dari air tangan di kedai makan, buat wanita/bakal isteri BELAJARLAH MEMASAK..setinggi manapun PANGKAT DAN PELAJARAN kamu, MEMASAK akan menjadi RUTIN utama apabila sudah berkahwin kelak..

Wahai isteri solehah, BERWAJAH MANISLAH ketika memasak..kelak masakan kamu TETAP MANIS..jangan mengatakan TIDAK TAHU MEMASAK, di pasaran banyak BUKU RESEPI MASAKAN..sebelum memasak mulakan dengan BISMILLAH DAN SELAWAT..InsyaAllah, masakan kalian bertambah BERKAT dan MEMBUAHKAN PAHALA..

AIR TANGAN wanita solehah SANGAT AJAIB, mampu MEMBAHAGIAKAN rumahtangga di dunia dan di akhirat..tiada manusia yang akan pandai jika TIDAK BERUSAHA memperbaiki diri..ramai wanita BERAZAM ingin menjadi ISTERI SOLEHAH, salah satunya memasaklah untuk suami agar suami selalu tertawan..belajarlah memasak even “sesimple resepi" sekalipun, setiap titisan air
masakan akan menjadi ZIKIR MEMOHON KEAMPUNAN kepada Allah..♥♥




NOTA: ayat kat atas tu membuatkan hani terfikirkan si dia.. hani selalu cakap kat dia, hani tak pandai masak. ( bukanlah semua benda ). ada setengah lauk tu memang tak pandai. tapi macam biasa, dia mesti kata, tak ada masalah tentang perkara tu. dia kata, kalau tak pandai, belaja masak dari sekarang, kalau tak pandai juga, makan je dekat kedai, dia kata lagi benda tu tak akan jadi masalah dalam hubungan hani dan dia. tapi bagi hani, ia tetap bermasalah, kerana, hani tak mahu keluarga dia kata hani tak pandai menjaga makan dan minum dia. dia memang sayangkan hani, dia tak kisah. tapi bab ni, hani terlalu kisah. hani tak mahu dia makan dekat kedai. hani nak dia makan apa yang hani hidangkan, lepas kahwin nanti. hani janji, hani akan jaga dia, hani akan belaja masak mulai sekarang... hani nak dia bangga punya isteri yang pandai masak. bila pegi office, dia ingat nak balik ke rumah, untuk rasa masakkan hani, bila dia keluar outstation mana-mana, hani nak dia sentiasa merindukan masakkan hani. hani nak jadi isteri yang baik untuk dia. hani harap hubungan hani dan dia masih panjang, dan sampai ke jinjang pelamin. inshaAllah. korang pun doakan hani yea... :)

1 comment:

  1. Terimakasih Artikel Wanita Pandai Memasak nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Kue Nastar

    ReplyDelete