Sunday, April 13

Today: Bersama Si Dia

Cik Hani | 19:41 | 0Comments |
Fuuhhh.. fuuhh... dapat juga jumpa incikk abang hani!. itu pun.. kejap je...
hahaha.! takpe takpe, janji, we meet together today. walaupun jarang borak...
cuma tetiba terasa kekok juga.. sebab tak tau nak borak apa... hehe...

Kiteorang tengok wayang je, macam biasa.. cerita "SABOTAGE".
tak tau pun tentang filem ni, incikk abang yang suruh beli tiket, hani follow je hihi..
memandangkan hani da tengok filem ni, so hani cuma berikan 3 bintang je.. overall kureng sikit,
tapi best juga.. hihi.. sebab hani suke tengok filem yang mati tu cara kejam, suka tengok darah.
hahaha.. pelik tak? tapi tadi masa layan filem ni, rasa nak mual, sebab banyak darah... werkkk.. ;)

Photo: Thankyou for today.

Terubat rindu dalam hati ni.. hani selalu mendoakan kesihatan dia, orang kata biar tak jumpa selalu, asal tak lupa mendoakan orang yang kita sayang setiap hari. bukan mendoakan dia juga, tapi sentiasa doakan family hani, kawan-kawan serta geng-geng blogger yang lain.. hehe.. 
hani harap korang pun sudi mendoakan hani yea :) 

Buat Incikk Abang tersayang, ini untukmu;

Hadir lagi rindu ini, 
menemani jiwa yang sepi,
lalu jemari mencoret rasa,
mengikut rentak jiwa,
menghilangkan beban yang melanda..

Rindu ini hadir tanpa diduga,
tanpa dipinta jauh sekali memaksa,
apabila ia hadir menemani hati,
hadirnya sukar diusir pergi,
wajahmu terpamer diruang hati.

Akanku ubat rasa rindu ini,
terbayang senyum manismu,
mengubat rasa rindu dihati ini..

Hanya dirimu yang ku rindu,
dirimu sentiasa berada dalam hati ini,
hanya kamu yang ku sayangi serta cintai sepenuh hati..
semoga kasih dan sayang kita kekal sampai bila-bila
dan sentiasa direstui Allah dan juga keluarga..

Dari insan yang menyayangimu,
.HANI.



No comments:

Post a Comment