Monday, April 28

Tips Hilangkan Kutu Beras Cara Mudah

Cik Hani | 21:01 | 2Comments |

1. Hilangkan Kutu Beras Dengan Jemur Beras di Tengah Panas
Cara yang paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang dan kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat yang lembap atau boleh juga tampi beras dengan dulang untuk keluarkan kutu beras.

2. Hilangkan Kutu Beras Dengan Cili Kering
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Cara ini paling mudah dan pernah cik tom praktiskan serta ianya menjadi.

3. Hilangkan Kutu Beras Dengan Bawang Putih
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh gunakan tips halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Bau bawang putih dapat menghalau kutu beras.

4. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun pudina
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras tapi belum pernah cik tom praktiskan.

5. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun Limau Nipis
Cara ke 5 yang oleh dicuba ialah dengan letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

6. Hilangkan Kutu Beras Dengan Kulit Kayu Manis
Tips seterusnya masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras.

2 comments:

  1. kita selalu letak cili kering.. habis cerita. hehe

    btw, klik2 darlie sini

    ReplyDelete