Sunday, April 6

Surat untuk Dia.

Cik Hani | 20:43 | 0Comments |


Mungkin dia tiada masa untuk aku..
tapi aku faham dia sentiasa sibuk, banyak kerja..
mungkin dia jarang bagi aku coklat 'Famous Amos Cookies'
tak mengapa, sebab aku tak gemar makan sentiasa 
mungkin dia tak pernah berikan aku hadiah yang mahal-mahal
tapi aku tahu yang sayang dia pada aku sangat mahal. itu yang penting.
aku tahu yang dia sayangkan aku walaupun tanpa hadiah tu semua..
sebab dia sentiasa ada bersama dengan aku, susah senang, baik buruk, still together.
dia yang terima diri aku seadanya..yang sering membuat dia hilang kesabaran, aku lah orangnya.
dia yang terlalu ambil berat tentang aku, walaupun dia tak tunjuk, 
aku tahu, dia peduli. itulah dia yang aku sayang..
dia yang selalu memberi aku nasihat, menegur setiap perbuatan aku, mahu pun cara aku bercakap, meluahkan rasa, dia sentiasa memberi semangat dan motivasi...
itu pun! itu pun dah cukup untuk aku tahu yang dia ikhlas menyayangi diri ini...
Terima kasih pada dia, kerana tak pernah jemu mempertahankan hubungan ini...

I Love You, Abang..

hanya Allah yang tahu perasaan aku ini.. tiap kali dia kata,
dia tak teringin pun nak cari orang lain, dia cuma ada aku je.
aku rasa dihargai sangat sangat. ya, aku lah si kuat cemburu, si fikiran negatif, si kuat meluahkan rasa dan ikut suka apa yang aku luah, sampai dia sering ingatkan aku, supaya berfikir sebelum berkata kata..
mungkin dia tak terlalu terbuka untuk berbicara tentang perasaannya.
tapi cukup bagi aku, dengan kata "sayang" "kasihnya" buat aku.
asalkan hati kami ikhlas menerima dan bersama, dan saling ingat mengingati..
itu sudah memadai bagi aku, dan betapa aku bahagia bersama dia yang hantarkan oleh Allah untukku.
dia adalah lelaki yang amat aku sayangi... 
semoga kebahagiaan kita sampai ke akhir hayat. inshaAllah.
semoga ada jodoh antara kita.



Sekian dari Aku,

.HANI.

No comments:

Post a Comment