Sunday, April 20

SOLAT DENGAN TERGESA-GESA

Cik Hani | 00:37 | 0Comments |
Antara sebab-sebab lain solat itu tidak mampu mencegah kita daripada perbuatan mungkar ialah, apabila ianya dilakukan dengan remeh temeh. Ianya dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini jelas pada sambungan ayat sebentar tadi iaitu “Mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali”
Ibnu Kathir berkata, ini kerana ketika solat mereka tidak khusyu’ malah tidak mengerti apa yang diucapkan. Bahkan dalam solat mereka bermain-main serta berpaling dari kebaikan yang ingin dicapai. Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari, hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat (bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja”. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasai’e.


No comments:

Post a Comment