Saturday, April 12

Petua : Bagaimana nak tahu sama ada kedudukan rahim adalah ditempat yang betul

Cik Hani | 13:20 | 3Comments |
Terdapat satu tips bagaimana kita nak tahu sama ada rahim atau peranakkan kita berada ditempat sepatutnya atau telah jatuh atau naik. kita masih lagi pakai petua orang dulu-dulu, mudah je. sebab hani selalu kena macam ni ketika datang period. sebab senggugut terlalu teruk, umpama macam " udang bakar " , keringat keringat menahan sakit tau..datang bulan atau period adalah salah satu punca rahim atau peranakkan kita jatuh. caranya mudah saja,

bila kita baring, letak ibu jari kat dalam pusat. then sekiranya terasa macam nadi berdenyut, itu maksudnya peranakkan kita ditempat yang betul. tapi kalau terasa kat bawah pusat, kena berurut la tu..selalu bila terjadi, hani akan ke rumah orang yang pakar dalam bab mengurut ni.. maksud hani, pakar dalam urut rahim ni.. bukan senang nak jumpa tau... nak urut sendiri, tak boleh... sebab bagi hani, bukan senang nak jaga peranakkan, lagi pula kita orang perempuan, kena jaga betul betul, lagi pula anak dara. dan kalau boleh, carilah bidan atau tukang urut yang mengurut sambil diselangi dengan bacaan selawat dan doa-doa dari Al-Quran. 




Anak anak dara kat luar sana tu jangan pandang remeh ye, sebab takut nanti dah kahwin, susah nak mengandung. yang dah berkahwin pun kena juga jaga tau, nasihat hani, ikut korang nak amik tau ke tak, hani cuma nak kongsi je salah satu punca rahim atau peranakkan kita turun. antara punca lain ialah;

PUNCA-PUNCA Peranakan atau Rahim boleh jatuh :

>Sebab kemalangan yang kuat..

Contoh: jatuh terhentak atau terduduk yang kuat.
>Sebab tu kena elakkan & berhati hati semasa buat apa apa aktiviti lasak.

>Seks yang keterlaluan..

>>Yang ni buat aksi aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.

>Mengangkat benda benda berat.

Contoh: kotak kotak yang besar..

>Jalan terlalu lasak.

>Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.

>Tidak menjaga pemakanan.

●Tanda-tanda Peranakan Jatuh :

}Sakit perut yang luar biasa.

}Keluar cecair dari rahim.

}Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.

}Sakit pada ari-ari.

}Sakit pada dinding faraj.

}Sakit ketika 'bersama' suami.

}Kejang pada bahagian bawah perut.

}Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj.. (ini peringkat yang teruk).


●Kesan Rahim Jatuh/Rahim Rendah:

~>Kandungan mudah gugur (tapi ini semua kuasa Allah.. 
ada juga yang rahim rendah tapi boleh lekat baby...bergantung juga kepada kekuatan rahim). 



Jaga diri kita, kita orang perempuan..
Sekian, 
HANI

3 comments:

  1. Replies
    1. sbab tu kena jaga betul2 perut tu :)

      Delete
  2. Kalu selain dari urutan x de ke kaedah lain yg boleh diamal kan contoh nya mcm akar kayu ke?

    ReplyDelete