Monday, April 14

Novel Dan Al-Quran

Cik Hani | 12:03 | 0Comments |
"Kau memang suka baca novel?"

"Suka."

"Selalu berapa lama baca?"

"Kalau yang 400 muka, dalam dua tiga jam habis la kut."

"Kau ni, novel yang tebal boleh habis baca, Quran satu juzuk pun payah nak habis. Inilah masalah orang sekarang. Novel lagi sedap baca dari Quran." (Dan dia membebel lagi, yang bebelannya tu saya pernah baca orang post di Facebook dan sebagainya. Dan dia bangga, dia join kempen satu hari satu juzuk tu.)

"Kau nak dengar pendapat aku?"

"Apa dia?"

"Ibnu Mas’ud ada menceritakan : “Apabila seseorang kami mempelajari sepuluh ayat dari al-Quran kami tidak akan berpindah kepada ayat lain sebelum kami mengetahui benar-benar maksudnya dan tahu cara beramal dengannya.”

Al-Quran bukan setakat dibaca, malah perlu difahami dengan teliti. Ramai yang nak jadi champion. Sehari 2 juzuk habis. Tak salah. Dapat pahala malah. Tetapi jika hanya untuk nampak dialah yang paling laju dan hebat dalam membaca, belum cukup lagi.

Usai baca, cubalah selak tafsir dan fahami maksudnya. Renung dan fikirkan, apakah bertepatan kandungan al-Quran itu dengan amalan seharian kita? Ramai yang baca al-Quran tapi buat benda mungkar.
Baca an-Nur, tapi tak tutup aurat dan labuhkan tudung pun. Baca al-Qalam, tapi tak menjaga batas-batas penulisan. Baca al-Baqarah, tapi masih ragu kepada hukum al-Quran. Baca al-Alaq, tapi malas menuntut ilmu. Dan banyak lagi surah yang sekadar dibaca, tapi tak dihayati.




Fikirlah sejenak tentang maksud al-Quran, tentang ajaran yang terkandung di dalamnya. Moga kita menjadi orang-orang yang beruntung. Bukan sekadar habis baca, lepas tu lupa dan tak amalkan apa yang dibaca.

Sebab tu generasi para sahabat Nabi hebat. Diorang baca Quran, dan diorang faham maksudnya, dan amalkan apa yang terkandung. Generasi kita? Baca hebat, tapi sikit pun tak lekat. Sebab apa? Sebab bangga dengan orang dia boleh habis satu juzuk satu hari. Dan kau pun tak boleh judge orang suka hati. Kau bukan duduk 24 jam dengan orang. Entah-entah time kau tidur, time tu dia bangun baca Quran.”

"Errr. Jangan la serius. Aku main-main je tadi. Errr. Sambung la baca novel."

Manusia memang begitu, suka menghukum apa yang dia tak nampak. Dan lagi satu, kenapa nak salahkan novel, sedangkan yang perlu ditegur manusia? Dan bagi saya, tak salah nak baca novel. Tapi Quran mestilah lebihkan dahulu. Kalau baca novel sehari sekali, Quran bacalah tiap kali lepas solat.

Tak ada maknanya khatam dalam sehari, kalau tajwid berterabur, kalau maknanya tak lekat, dan isinya tak diamalkan.

Wallahualam.

- sederhanaindah




Kaki novel versus kaki Quran. Aku juga suka baca novel. Namun Quran usah dilupa. 

Alang-alang ramadhan semakin mendekati detik ketibaan, kurang daripada tiga bulan lagi, eloklah untuk kita memperbaiki bacaan Quran dahulu. Bukannya masuk ramadhan baru nak mula belajar bacaan Quran. Nampak kurang kena fungsi ramadhan itu. 

Asal ramadhan je, lumba-lumba baca Quran.
Penghayatan hilang entah ke mana.
Jangan wujudkan Quran itu dalam musim ramadhan.
Tetapi wujudkanlah musim Quran dalam ramadhan itu, dalam kehidupan harian muslim. 

Chill! :)

No comments:

Post a Comment