Friday, April 25

10 PINTU SYAITAN ROSAKKAN MANUSIA

Cik Hani | 21:50 | 0Comments |
Organ dalam tubuh yang paling penting bagi manusia ialah hati yang akan menerima apa saja petunjuk Allah. Hati juga mudah menerima apa jua hasutan nafsu yang dibisikkan syaitan. Malaikat dan syaitan sentiasa beradu tenaga untuk menguasai hati manusia.

Seorang ulama pernah berkata, “Saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang dari 10 pintu.”

PINTU 1-Melalui sifat sombong dan angkuh.
Firman Allah “ Jangan engkau mengiringkan pipimu kea rah manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah.” (Lukman:18)

PINTU 2-Melalui sifat kedekut dan bakhil.
Firman Allah “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan).” (al-Israk:30).

PINTU 3-Melalui sifat takbur yang hadir dalam diri seseorang.
Firman Allah “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23).

PINTU 4-Melalui sifat riak dan suka dipuji
Rasulullah pernah bersabda “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu dan bangga dengan diri sendiri.”

PINTU 5-Melalui sifat hasad dengki dan iri akan kelebihan orang lain.
Rasulullah bersabda “Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering.”

PINTU 6 -Melalui sifat suka memandang rendah dan remeh kepada orang lain.
Abu Umamah pernah meriwayatkan “Tiga orang yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

PINTU 7-Melalui sifat bangga diri atau ujub
Allah berfirman “Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” (al-Kahfi:28).

PINTU 8- Melalui sifat berersenang-lenang
Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz bin Jabal “Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja.”

PINTU 9-Melalui sifat suka berangan-angan dan pemalas
Sabda Rasulullah “ Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya.”(Riwayat Ahmad).

PINTU 10-Melalui sifat suka berburuk sangka.
Rasulullah bersabda “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah,yang paling rosak.”(Riwayat Muslim).


Sepuluh sifat itu sebenarnya sinonim dengan manusia dan ada dalam diri setiap kita. Sifat-sifat itu andai tidak dikawal dan dijaga akan menjadi senjata yang bakal makan tuan. Syaitan pula sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan manusia dengan memanipulasi sifat yang sedia ada dalam diri mereka itu.
Disebabkan itu, kita dianjurkan berdoa dengan menyebut “Ya Tuhanku, jangan Kau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan selepas Kau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakan kami rahmat di sisi-Mu kerana sesungguhnya Kaulah Maha Pemberi.” (Al-Imran:8)
“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.”


Apa yang kita fikir dengan dua perkataan ini,.???
Menjadi-sebaik-baik hamba & khalifah,
Bukan semudah memetik 2 jari,itupun belum pasti bisa berbunyi,
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan.

Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri
menjadi sebaik-baik hamba Tuhan,
Teruskanlah melangkah meski dalam kepayahan.
Kita kan Khalifah,mengapa mesti diuji dengan perkara yg mudah,
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.
Lalu,haruskah mengalah pd takdir yg sering menghadiahi kita
Dengan kesukaran yg membuatkan kita terduduk menangis hiba?
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang !


Wahai Mujahid dan Mujahidah islam,
ketahuilah bahawa setiap namanya perjuangan tiada istilah kesenangan.
Pujuklah hati wahai para pejuang untuk bangkit dan mara kehadapan untuk
membantu insan yang dalam kealpaan dan kelalaian.
Engkau merupakan tunggak harapan untuk membawa Nur Islam di persada dunia.
Tatkala dirimu merasa lemah, Ingatlah Allah dalam hatimu.
Pujuklah hatimu dengan kalam Allah,dan ingatlah akan janji-janjiNya.
JanjiNya itu PASTI!!!.tiada yang perlu diragui.
Tetaplah kita teguh berdiri di jalanNya untuk menggapai redha Illahi.


# semoga sebelum diri pergi meninggalkan dunia ini,ada saham yang kita tinggalkan untuk islam.In Shaa Allah,..

Jaga KUALITI SOLAT,MANTAPKAN AKIDAH,& BERILMU ,kerana itulah perkara paling penting sebagai seoarang hamba & Khalifah.. ~ HIDUP BIAR BERJASA,DAN IKHLAS KERANA ALLAH,~ ^_^

No comments:

Post a Comment