Wednesday, March 26

Masih bersama

Cik Hani | 00:38 | 3Comments |
Alhamdulillah, hari ni genapla usia hubunganku bersama si dia. setahun tiga bulan.
apa yang ku harapkan dalam hubungan ini? semoga diriku dan dirinya mampu sabar
mengharungi setiap dugaan yang melanda dalam hubungan kami,

Sejujurnya aku tak mahu hubungan ini sia-sia macam tu je...
aku nak sangat biarlah sampai ke alam perkahwinan yang aku impikan selama ini..
inshaallah..mudah-mudahan panjang jodoh kami. aminn.

Aku bahagia sangat bersama dengan dia. walaupun kadang-kadang
merajuk juga sebab dia pandai mengusik dan menyakat aku...
hidup aku dah tak sunyi lagi sejak hadirnya dia...
walaupun masih baru lagi, entah kenapa aku rasa,
aku semakin mengenali diri dia... tentang dia....

Kalau boleh kan, aku tak nak jauh dari dia..
aku nak always together dengan dia..
mana-mana dia pergi, aku nak ikut....
aku nak sentiasa ada bersama dengan dia...
aku nak dia betul-betul tahu perasaan aku ni...

Tau tak kadang-kadang sebelum tidur, 
wajah ke tiga selepas abah dan mama, 
orang yang aku nak tengok, adalah dia..
bila bangun je dari tidur, dia orang ke tiga selepas 
abah dan mama yang aku nak sangat dengar suara..
tapi, aku tau dah lama aku tak call dia tiap-tiap subuh..
padahal tu patutnya rutin harian aku... maafkan aku,abang..
dan selepas keluarga aku, dialah orang yang aku sayangi...

Aku terlalu rindukan dia...
satu hari kalau tak tengok muka dia, 
monyok je aku rasa, tak sempurnanya hidup..
macam tula perasaan aku kat dia selama setahun tiga bulan ni...
tak pernah berubah, malah perasaan tu makin menebal dalam diri aku..

♡  I LOVE YOU SO MUCH, ABANG ... 

.  HANICRUZIER .

3 comments: