Thursday, March 27

Masak Singgang / Pindang Ikan Tongkol

Cik Hani | 13:29 | 2Comments |
Aku tengah nak belajar memasak menu ni..
bukan apa, menu ni salah satu favourite si dia..
so I'll try my best laaa ;)


Baha-bahan yang diperlukan:



~ 5 ketul ikan tongkol di bersihkan
~ 2 inci kunyit hidup
~ 2 inci halia
~ 2 inci lengkuas
~ 1 biji bawang besar
~ 3 biji bawang putih
~ 2 batang serai ( dititik )
~ 3 keping asam keping
~ 8 biji cili api ( dibelah dua.kalau xnk pedas kurangkan )
~ 1 liter air 
~ Garam secukup rasa

Cara memasak:
Hiris nipis bawang besar, bawang putih lengkuas,
halia dan kunyit hidup seperti dalam gambar. 

Panaskan air dalam periuk sampai air menggelegak.






Bile air dah menggelegak masukkan bahan-bahan yg dihiris dan juga serai, 
masukkan juga sesudu garam, biarkan sampai bawang agak layu.



Bile bawang dah agak layu masukkan asam keping dan tunggu kuah menggelegak balik baru letakkan ikan kacau perlahan-perlahan.



Tutup sebentar sementara menunggu ikan masak. Bila ikan dah masak masukkan cili api dan perasakan ngan garam, kacau sebati perlahan2 supaya ikan tak hancur.
 ( kalau korang ade tomato korang leh letak masa nie gak )


Bile rasa kuah singgang dah sebati dan secukup rasa tutup api dan siap tuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Simple :))


2 comments:

  1. Fuh.. tengok pun dah tau sedap. nasib baik baru lepas makan rojak kalau tak alamatnya mmg bebunyi la perut ni

    ReplyDelete
  2. menyelerakan ni.. senang je masaknye.. campak2 je.. hehe.. :)

    ReplyDelete