Friday, February 28

Setiap Helaian..

Cik Hani | 17:06 | 0Comments |

Setiap helaian buku adalah…
Untuk dilihat, difahami ketika dibaca.
Buka kerana rupa jadi tidak bermakna,
Bukan kerana nama tidak sempurna,
Tetapi nilainya pada isi yang ditabur,
Pada setiap helaiannya.
Wujudnya bukan menyeksa diri,
Wujudnya bukan hiasan,
Wujudnya untuk difahami, diajari &
Diamalkan dalam kehidupan.
Tidak salah dijadikan teman,
Tidak mudarat dijadikan panduan,
Hanya cara diaplikasikan,
Jangan tersasar dari kefahaman.
Setiap helaian bernilai,
Ilmunya seluas lautan,
Keindahan terdapat dalam setiap perkataan,
Menerangkan pandangan,
Meluaskan pengetahuan.
Jangan takut menjadi insan berakal,
Takutlah bergelar tidak berilmu.

__________________________________________

Hatiku juga seperti buku..
Di halaman pertama aku tulis nama Tuhan dan orang tuaku, 
tanpa mereka aku tak ada di dunia ini…
Dihalaman selanjutnya aku tulis nama teman temanku, kerana mereka sangat bererti buatku 
Lalu kubuka bahagian tengah, kutulis nama orang yg pernah menyakitiku
 kerana bahagian tengah mudah dicarik dan dibuang..

Dan halaman terakhir ku tulis namamu, 
kerana kamu akan menjadi seseorang yang sangat 
bererti selamanya dan sampai akhir cerita buku kehidupanku..

No comments:

Post a Comment