Wednesday, February 26

Buat Abang :)

Cik Hani | 01:36 | 2Comments |
Buat Si Dia, En. Abangku yang tersayang.. ;)

Jam di dashboard lappy tepat 1:26.. namun mata sayang masih segar... umpama sayang sayang pada abang ;)

Date hari ni : 26/02/2014. dah setahun lebih kita bersama.. apa yang sayang harapkan dari abang? takde apa pun.. just nak abang stay dengan sayang sampai akhir hayat.. boleh?

Menyayangi diri sayang seperti sayang menyayangi diri abang, boleh? hihihi...
sayang tak mengharapkan apa-apa.. hanya itu harapan sayang bawa untuk abang...
sekiranya abang masih mahukan sayang, dalam hidup abang, berada disisi abang, bersama susah dan senang bersama abang, selama itulah, sayang masih disini.. berdiri di sebelah abang ;)

Oh yee... ini untuk abang.. khas buat abang... ilysm ;

En. Abang, awak tau tak...

Bila sayang jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati sayang.

Bila sayang nangis, itu bukan bermakna sayang lemah, tetapi sayang sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak..

En. Abang, awak tau tak...
Bila sayang marah, memang sayang tidak mampu mengawal perasaan sayang tapi percayalah, itu maknanya sayang sangat mengambil berat dan menyayangi awak. 

Bila sayang membebel, sayang tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi sayang mahu awak mengenali sayang dengan lebih dekat.

En. Abang...
Bila sayang kata mahu awak berubah, itu bukan bermakna sayang tidak mahu menerima awak seadanya, tetapi sayang mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri sayang, tetapi untuk masa depan awak.



En. Abang, awak tau tak...
Bila sayang cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna sayang tidak sayang..tetapi sayang terlalu sayangkan awak dan masih menganggap awak masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang sayang terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan sayang sangat kuat sbb sayang perempuan. Sayang hanya mahukan yang terbaik untuk awak.

Bila sayang merajuk, jangan kata sayang mengada-ngada. Sayang bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat sayang rasa dihargai.

En. Abang..
Bila sayang kata sayang rindu dgn awak , sayang benar-benar maksudkannya.

En. Abang..
Bila sayang kata lelaki lain itu lebih baik dari awak, jangan percaya kata-kata sayang kerana sayang hanya mahu menguji awak. Sayang mahu melihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata sayang. Sebenarnya memang awaklah yang terbaik di hati sayang. Selagi awak dengan sayang, percayalah, walaupun sayang menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata sayang tetapi di hati sayang, awak tetap yang terbaik.

En. Abang, awak tau tak...
Bila sayang bercakap kasar, sayang bukan bermaksud utk berkasar, tapi sayang mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan sikap sayang. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

En.
Abang... 

Bila sayang berkata, “pergilaa cari lain!”, " tinggalkan sayang", sayang tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Sayang hanya mahu menenangkan fikiran sayang sebentar saja. Bila sayang kembali tenang, percayalah sayang akan mencari awak semula. Itu tandanya sayang benar-benar mencintai awak. Sayang sulit untuk mengawal perasaan. Sayang terlalu emosional. Bak kata awak, "negatif je dengan abang".

En. Abang..
Sayang nk awak tahu yang sayang sangat2 mencintai awak...
 


yang benar, buah hati abang yang sorang :)

2 comments: