Sunday, January 12

Rezeki datangnya dari Allah...

Cik Hani | 14:10 | 0Comments |
Saya pun suka kemewahan, saya pun suka untuk mengelilingi dunia untuk tengok tempat orang lain. Saya pun suka pakai baju yang elok.

Tapi kita hidup ini, hendak mewah setakat mana, nak pakai baju yang banyak mana mahal mana, hendak menaiki kereta mewah sebesar mana, tidur dan rehat di beberapa rumah mana, nak makan pun sampai larat mana?

Rezeki kita, di saat Allah menghulurkan dan mengurniakan nikmat kemewahan, Allah memberikan rezeki melalui kita untuk membantu orang lain. Insya Allah.

Rezeki itu, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik, ambil balik. Jika Dia tidak memberikan rezeki kepada kita, manakan kita mampu untuk membantu orang lain, bahkan diri sendiri juga tidak mungkin.

Mungkin akan ada yang mengatakan ‘jika aku tidak bantu dia, dia takkan ada apa yang dia milik sekarang’. Seolah-olah ingin menyatakan dia yang berkuasa di dalam hal itu yang sebenarnya itu adalah bantuan Allah hulurkan melaluinya kepada orang tersebut.

Bukan ingin menjadi orang yang tidak mengenang jasa, akan tetapi manusia itu sentiasa abdi kepada budi, takkan mungkin dia tidak merasa bersalah untuk berbuat demikian kecuali jika dia terdesak, dimanipulasi oleh pihak tertentu atau Allah telah mengalih cara ‘pandangan’ dan ‘fikiran’ mereka.

Andai kita mempunyai gaji yang besar sekalipun, kemewahan yang luas mana sekalipun, jika ianya hadir dari ruang atau punca yang tidak elok di pandangan Tuhan, apakah ianya masih mempunyai nilai dan kesucian.

Saya masih berpegang bahawa rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Jika rezeki Allah hulur kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang lain juga. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita membantu orang. insya Allah.

Majoriti masyarakat percaya bahawa jika dia mempunyai duit berbilion-bilion barulah hidup ini aman, sentosa. Sebaliknya inilah yang biasanya membuatkan mereka leka dan hanyut daripada memberikan bantuan kepada yang memerlukan.


Tolonglah bersyukur dengan apa yang kita ada. Walaupun sedikit nikmat rezeki yang saya dapat, tapi saya bersyukur.. nikmat yang datang ianya dari Allah

No comments:

Post a Comment