Thursday, January 16

Doa Abu Darda

Cik Hani | 22:29 | 0Comments |
littlebelacan:

Doa Abu Darda
Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.  Pada-Mu aku bertawakkal,  dan Engkau Tuhan Arasy yang Agung.  Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,  Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.  Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.  Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu  Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau  dari kejahatan diriku  Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata,  Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.  Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.
Antara ayat2 al Quran yg menjadi intipati kpd doa Abu Darda.
At-Taubah [129]Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Al-Kahfi [39] (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)
At-Thalaq (12),Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
Hud (56) ” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. 
Pada-Mu aku bertawakkal, 
dan Engkau Tuhan Arasy yang Agung. 
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, 
Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. 
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan
kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. 
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu 
Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau 
dari kejahatan diriku 
Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, 
Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Antara ayat2 al Quran yg menjadi intipati kpd doa Abu Darda.

At-Taubah [129]Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Al-Kahfi [39] (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

At-Thalaq (12),Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

Hud (56) ” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment