Tuesday, December 31

Sunnah Membela Janggut :)

Cik Hani | 00:54 | 0Comments |

Nabi saw pernah memerintahkan golongan muslimin supaya memanjangkan janggut dan misai pula harus dipendekkan. Sabda baginda saw :
“Hendaklah kamu bezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda dalam riwayat yang lain:
"Aku telah diperintahkan oleh Allah agar memendekkan misai dan membiarkan janggut” (Hadis Riwayat Muslim)
Pernah sekali dua orang utusan daripada pemerintah Yaman -yang dikuasai oleh Raja Parsi- datang menemui Rasulullah saw. Dagu mereka licin tetapi mereka mempunyai misai yang lebat. Rasulullah saw sangat benci melihat rupa paras mereka seraya berkata: “Celaka kamu, siapa yang memerintahkkan kamu melakukan sedemikian (iaitu mencukur janggut dan memanjangkan misai)?”. Mereka menjawab: “Raja kami!” (merujuk kepada Raja Parsi). Rasulullah saw menjawab: “Tetapi Tuhan kami, Yang Maha Mulia dan Dimuliakan, memerintahkan diriku untuk membiarkan janggut dan memendekkan misai”. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir At-Tabari dalam Tarikh Al-Umam wal Muluk.
Para sahabat membela janggut lebat. Tentang paras rupa mereka, semuanya berjanggut lebat. Begitu juga para salafus soleh, golongan terawal, golongan paling berjaya dalam sejarah Islam. Al-Imam Asi-Syafi’e menyebutkan haram mencukur janggut. Malah, membela janggut merupakan sunnah para Nabi terdahulu. Contohnya Nabi Harun as pun menyimpan janggut, sepertimana disebutkan dalam Al-Quran tentang dialognya dengan Nabi Musa :
"(Harun) menjawab: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau tarik janggutku dan jangan (pula) kepalaku…"
(Surah Taha: Ayat 94)
Sudah tentu janggut yang boleh ditarik itu mencerminkan janggut yang panjang kerana janggut yang nipis pasti sukar dicapai dan dicengkam tangan, apatah lagi ditarik.
Jangan sesekali kita menggantikan gaya hidup Islam dengan yang bukan Islam. Cara hidup Islam sentiasa berdasarkan panduan maksum dijamin Allah, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Sedangkan gaya popular bukan Islam pula hasil ciptaan manusia yang berteraskan keinginan nafsu sendiri. Betapa binasanyanya umat Islam apabila sunnah diketepikan.

No comments:

Post a Comment