Friday, October 11

Pelangi 7 Warna.

Cik Hani | 23:50 | 0Comments |




" Kenapa pelangi selalu hadir sekejap? "


" Sebab pelangi hanya datang usai hujan. "


" Jadi, kalau mahu lihat pelangi harus turun hujan dahulu? "


" Nampaknya begitulah. Hujan dan pelangi kan serasi. "


" Kalau langit cerah, tanah gersang, pelangi takkan hadir? "


" Tidak. Kenapa bertanya? "


" Aku suka melihat pelangi. Warnanya 7. Saat pelangi datang, langit kelihatan sangat cantik. Tujuh warnanya seolah mewarnakan langit ketika itu. Tapi, bila matahari mula muncul cahaya, perlahan-lahan pelangi pergi dan diganti dengan langit cerah. Aku mahu pelangi itu selalu ada dan menyerikan langit tiap hari. Boleh kah seperti it? "


Senyum. 


" Sayang, kamu tahu tak. Pelangi itu terhasil kerana adanya hujan. 7 warna itu kerana airnya hujan. Lalu, kalau mahu terus punya pelangi di harihari kamu, harus hujan tiap saat. Mahu begitu? Mungkin pelangi itu cuma kamu mahu, tapi orang lain? Mungkin mahu hari yang cerah dan tiada hujan. Biarkan saja pelangi itu pergi. Setidaknya, bila saat kamu mahu pelangi ada,  dia pasti ada. "


" Tapi bagaimana untuk hadirkan hujan? "


" Hujan hadir, bila awan mendung kelabu. Jadi, apabila mendungnya awan, duduklah di bawah atap, renung ke langit dan nanti pelangi hadir. Pasti kamu tersenyum bahagia. "


" Boleh tidak aku simpan pelangi dalam hati aku ? "


" Sayang, pelangi itu bukan punyanya kamu. Bukan hak kamu. Biarkan pelangi itu bebas pergi mana mahunya. Seandainya kamu mahu pelangi ada, tunggu hujan turun, dan renunglah ke langit. "


" Aku....cuma mahu...pelangi itu cuma punya aku dan bukan orang lain....Aku cuma mahu pelangi itu hadir dan serikan harihari aku. Warnanya yang 7 itu, memikat hati aku..."


" Semoga, pelangi itu selalu hadir untuk temani kamu sayang. "

No comments:

Post a Comment