Saturday, October 5

Cerita Daging Korban

Cik Hani | 22:35 | 0Comments |
Source Extracted from Google

Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani'mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Every year, sehari selepas wukuf, pada 10 Zulhijjah semua umat Islam atau Muslim akan menyambut Hari Raya Haji... salah satu perayaan yang terbesar dalam islam selain dari Hari Raya Aidilfitri... Perayaan yang sinonim dengan perkataan KORBAN... Bila sebut Hari Raya Haji, sesuatu yang simbolik dengan sambutan perayaan ni adalah ibadah korban haiwan al-an'am macam lembu, unta, kambing, etc... 

Tapi banyak citer-citer yang timbul pasal daging korban ni, macam yang saye bace kat EVIDENCE - BASED ISLAM, amongst yang saye bace:

KISAH SEPARUH BENAR 1

Tempat:
Kenduri Makan Daging Korban Surau Murni.

"Ish... mana boleh buang sisa daging korban!"... "Ye ke? Abih tu?"... "Ntah, tanam ke? Leceh la...nak g kelas lagi lepas ni... nak kena kutip la nih semua tulang..."

Komen:
X yah tanam. Buang le, tiada masalah. ISLAM ITU MUDAH jgn susah2kan.

BUANG LEBIHAN DAGING KORBAN / AQIQAH

X ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.

Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi:

Berkata Ibn Mas'ud RA: "Rasulullah berkata: Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka. Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda: "Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu". Nabi bersabda: "Maka jangan kamu beristinjak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukkan kepada saudara kamu" (Hadith Riwayat Muslim #450)

Hadith ini menjelaskan bahawa: 

1. Nabi membacakan Al-Quran kepada Jin Islam.
2. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah SWT adalah makanan kepada Jin Islam.
3. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
4. Larangan beristinjak dengan tulang.
5. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.

Kesimpulannya, adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah / korban selepas selesai makan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah SWT kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. Wallahualam.

Maka kesimpulannya ialah:

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah SAW agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau aqiqah yang mesti ditanam.

2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan aqiqah sebagai amalan "taqarrub" (mendekatkan diri kepada Allah). Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati. Sebab itu juga, terdapat amalan sesetengah masyarakat Melayu / Nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya. 

3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam. Ini kerana, setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut di dapur sebelum ditanam keesokannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah dan sebagainya. Wallahualam.

Sumber: al-ahkam.net

KISAH SEPARUH BENAR 2

Tempat: 
Asrama Puteri Sekolah Menengah

"Waa...sedapnya, nak?" kata Ava Orlean. "Eh sorilah va, ni daging korban. Ko bukan Islam, mana boleh makan, ni untuk Muslim je... "Ye ke, abis aku nak makan apa? Aritu aku bagi coklat aku kat korang masa Krismas ari tu, takkan sikit daging pun kedekut? Aku pun faham Islam jugak sikit-sikit, aku tau Al-Fatihah, aku pun tahu kisah Nabi Muhammad. Anyway, bukan aku ke yang tutup TV masa korang solat kat surau? Kalo aku bangun awal, bukan aku ke yang kejut korang subuh?"... "Cop cop cop, kitaorang bukan kedekut le... X bley la Va..."... "Abih, kena gi dining hall sorang-sorang la ni? Chaitt... sedeynya..."

Komen:
Kesian Ava, sebenarnya ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH kerana itulah agama fitrah; agama yang benar. 

HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN PADA NON-MUSLIM

Memberi daging korban pada non-muslim mempunyai banyak pendapat. Sebahagian membolehkan kita memberikan daging korban untuk non-muslim (ahlu zimah), sebahagian lainnya tidak membolehkan. 

Kalau kita kaji lebih dalam syariah, kita akan menemukan beberapa variasi perbezaan pendapat, iaitu:

Ibnul Munzir sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahawa umat Islam telah berijma (sepakat) atas kebolehan memberikan daging korban kepada umat Islam, namun mereka berselisih bila diberikan kepada fakir dari kalangan non-muslim.

Imam Al-Hasan Al-Basri, Al-Imam Abu Hanifah dan Abu Tsaur berpendapata bahawa boleh daging korban itu diberikan kepada fakir miskin dari kalangan non-muslim.

Al-Laits mengatakan bila daging itu dimasak dulu kemudian orang bukan islam diajak makan, maka hukumnya boleh.

Ibn Qayyim berpendapat dibolehkan memberi daging pada orang non-muslim yang tidak berniat untuk menjatuhkan Islam yang menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana-mana manusia termasuk orang non-muslim. 

Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahawa umumnya ulama membezakan antara hukum korban sunnah dengan korban wajib. Bila daging itu berasal dari korban sunnah, maka boleh diberikan kepada non-muslim. Sedangkan bila dari korban yang hukumnya wajib, hukumnya tidak boleh. 

Syeikh Ibnu Qudamah mengatakan bahawa boleh hukumnya memberi daging korban kepada non-muslim. Kerana daging itu makanan mereka juga dan dibolehkan mereka memakan daging. Kebolehannya sebagaimana kita dibolehkan memberi makanan bentuk lainnya kepada mereka. Dan kerana memberi daging korban kepada mereka sama kedudukannya dengan sedekah umumnya yang hukumnya boleh. 

Sedangkan Al-Imam Malik berpendapat sebaliknya, beliau memakruhkannya, termasuk memakruhkan bila memberi kulit dan bahagian-bahagian dari haiwan korban kepada mereka.

Kesimpulannya, dari pendapat-pendapat yang agak saling berbeza ini adalah bahawa secara umum para ulama cenderung kepada pendapat yang pertama, iaitu pendapat yang membolehkan. Khususnya bila non muslim itu termasuk fakir yang sangat memerlukan bantuan, atau tinggal di tengah-tengah masyarakat muslim. 

Siapa tahu dengan kebaikan yang kita berikan, dia akan masuk Islam? Atau paling tidak, ada nilai tambah tersendiri dalam pandangannya tentang Islam dan umatnya, sehingga tidak memusuhi, bahkan berbalik menjadi kagum. Wallahualam. 

PERHATIAN / DISCLAIMER: 

Kisah separuh benar adalah separuh benar, sebahagian dialognya ditokok tambah dengan sepenuh harapan tidak menyinggung mana-mana pihak. Hanya berniat menambah rencah dalam berkongsi ilmu. 

No comments:

Post a Comment