Monday, September 9

KUNCI

Cik Hani | 19:49 | 0Comments |



"Saya perlukan seseorang untuk buat saya lupakan dia..."

"Tapi saya mohon awak janganlah jadikan saya seperti alat untuk melupakan dia semata-mata. Begini...saya tetap akan ada untuk awak. Cuma nak awak fikir dan rasa, jika saya tidak ada, adakah sama atau tidak? Adakah ia memberi kesan? Dan kalau dia ada, ataupun dia tak ada, adakah juga memberi kesan?"

"Maafkan saya jika awak rasa saya ni mempergunakan awak...."

"Saya mungkin tak dapat nak bantu awak lupakan dia 100%. Sumpah awak, saya tak fikir pun yang awak mempergunakan saya. Jauh sekali. Cuma saya tak mahu kelak awak jadikan saya begitu. Sebab, kalaulah setahun, dua tahun, lima tahun lagi awak masih dikaburi perasaan itu, apa yang akan jadi pada saya? Saya berbesar hati dapat mengenali awak....tapi bukan begini yang saya mahu..."

"Ok. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya akan cuba lupakan dia."

"Maafkan saya. Kerana saya sebenarnya tak berhak mengatakan sebegini untuk awak. Siapalah saya. Kenal pun baru berapa hari..."

"Tak awak. Awak berhak. Untuk sedarkan saya. Bangunkan saya dari mimpi dan angan-angan palsu."

"Okay awak. Kita ambil cabaran ni. Kita cuba jangan berhubung lagi. Awak fikirlah dahulu. Muhasabah diri. Okay?"

"Tak nak. Tak nak. Tak nak!"

"Jadi sebenarnya awak takut kehilangan siapa sekarang ni. Saya atau dia?"

"Awak janganlah tanya soalan killer macam ni."

"Saya hanya bertanya. Mahu awak gunakan organ yang paling penting. Bukan hanya ikut hati."

"Okay, secara jujurnya, saya memang tak nak kehilangan dia. Tapi bila keadaan jadi seperti ini, awaklah keutamaan saya."

"Kita cuba untuk menyepi. Seminggu sahaja."

"Awak. Saya tak nak! Saya tak sanggup... Bukankah awak kata awak nak tolong saya lupakan dia?"

"But this is the only way. You should make this. Mungkin saya kejam gila, macam tak ada perasaan, tapi inilah cara untuk matikan perasaan awak yang sangat liat untuk lupakan dia. Unless kalau awak memang tak mahu lupakan dia, itu saya tak tahulah. But I am here. Always here. To help you."

"Janganlah macam tu. Kalau awak tak ada, lagilah senang untuk saya ingat tentang dia......"

"....jadi memanglah awak tak mahu berubah, masih terikat dengan dia. Awak pergilah pada dia. Ingatlah pada dia. Saya tak kisah pun."

"Sebab tu saya perlukan seseorang untuk putuskan ikatan tu. Saya perlukan seseorang untuk curi balik hati saya yang dicuri oleh dia."

"Awak..., actually kan, it maybe could be me. Maybe. Might. Masih samar-samar. Mungkin saya pun tak dapat tolong untuk curi balik hati awak tu. Macam mana kalau saya terjatuh cinta dengan awak along this way? Mahukah awak membalas cinta saya dengan melupakannya semudah itu? Kalaulah itu tidak terjadi, itu memang dikira memperjudikan perasaan saya..."

"Sekarang saya rasa bersalah sangat...."

"Ini saya karangkan. Khas untuk awak. Ingatlah sampai mati.

Kalaupun saya boleh curi hati awak yang ada pada dia, belum tentu saya akan dapat bawa balik hati awak tu dengan keadaan sempurna. Sebab hati awak masih dipagari dia. Kuncinya pula hanya ada pada awak. Saya mungkin menjumpai hati awak, setelah bersusah payah saya mencari. Namun hanya awak sahaja yang mampu membuka pagar besi yang melingkari hati awak tu.

"Adakah awak masih akan terima saya walaupun hati saya tak sesempurna seperti yang awak mahukan?"

"Awak... Kalau tak sempurna pun, sekurang-kurangnya awak ada tolong untuk buka pagar tu. Sekurang-kurangnya ia tak berkecai. Daripada saya cuba nak keluarkan juga, carik-carik sampai hancur. Saya hanya perempuan biasa, yang mahu dirinya dicintai, sepenuh hati. Kalau hati awak sedikit rabak, saya akan tolong jahitkan. Tapi kalau awak masih berdegil tak mahu buka pagar besi tu, macam mana saya nak jahit? Tersepitlah tangan saya di celah-celah jeriji tu. Tak mungkin saya dapat buat semua tu bilamana hati awak masih didalamnya. Pedih."

"Saya akan buka pagar itu. Mungkin lambat. Bukan sengaja saya lambatkan. Tapi halangan itu...saya perlu hadapi terlebih dahulu..."

"Mungkin awak tercicir kunci itu di mana-mana. Macam mana nak buka tanpa kunci, kan? Awak carilah dulu kunci tu."

"Awak. Saya selalu berdoa bila mengenangkan nasib saya ni. Mungkin Tuhan dah makbulkan doa saya untuk dapat kekasih yang mencintai saya. Iaitu awak."

Saya akan cari kunci tu. Saya akan bukakan untuk awak.

No comments:

Post a Comment