Monday, August 19

suRat saYAng untuk aWak !

Cik Hani | 12:13 | 0Comments |

Cerita dan kisah ini hanya rekaan semata-mata, 
sekadar perkongsian dari seorang kawan untuk renungan bersama :)
..................................................................

Saya telah 'Mengembara ke hujung Dunia' mencari ape yang saya inginkan..
Tapi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya riang gembira.
Demi tuhan saya tidak tahu mengapa ?
Tapi itulah kebenarannya ..

Setelah beberapa lama kita berkawan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.
Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya telah menyayangi awak.
Dan disaat saya begitu menyayangi awak,

Perasaan SAYANG saya berkelana mencari singgahsana dihati awak.
Nyata saya tidak menemuinya,
Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Disana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu ape sebenarnya yang awk cari.
Tapi, jauh disudut hati saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa  atau mungkin juga awak belum benar benar SAYANG  pada seseorang.

Jadi selama ini siapa saya di hati awak ?
Saya tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak..

Siapa yang memujuk saya untuk buka pintu hati ?

Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan ?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri ?

AWAK !!!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh diSAYANGi ramai orang berkali-kali..
Tapi, saya pula seorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'SESEORANG', seseorang yang nak saya SAYANGI dan satu perkahwinan...

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak ... JANGAN .. !!

Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya.
Di setiap saat saya mengingati awak. 
Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak..

AWAK ..

Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu.
Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana perasaan saya sayangkan awak,
Inilah jawapan nya :)

"Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan berikan awak suara saya agar awak boleh bersuara semula, Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya. "
"Kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan, saya akan berikan awak mata saya agar awak boleh melihat SAYANG saya, Biarpun waktu itu saya akan buta selama-lamanya.."
"Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak boleh hidup selamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini.."

Semuanya untuk awak..

Seseorang telah berkata .. 

"Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"

AWAK ,,

Kerana saya sayangkan awak lah saya melangkah pergi, demi kebahagian awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari.
Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan Semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

AWAK ,,

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya..
Saya juga tak pernah kesal sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya, tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalaupu awak tak pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik...

Saya doakan awak bahagia dengan hidup awak..
Saya SayangKan Awak !

No comments:

Post a Comment