Wednesday, August 21

Saya Rindukan Awak!

Cik Hani | 14:09 | 0Comments |

Bila awak jauh, saya rasa awak bawa pergi sama hati saya..jauh.
Bila awak sibuk, saya rasa awak bawa pergi sama hati saya hilang ditelan kesibukan yang ada.
Saya, selalu berharap awak akan sentiasa ada di samping saya.
Susah mahu pun senang, saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa ada dengan awak.
Sakit mahupun pahit, saya nak awak selalu tahu yang saya selalu disini menemani awak.
Saya tahu awak masih terkesan dengan apa yang pernah berlaku pada cinta awak dulu.
Tapi saya nak sangat awak tahu yang saya akan sentiasa disisi awak, bantu awak pulih..sikit demi sikit.
Saya akan bantu awak keluar dari kesakitan lama..
Saya nak awak tahu semua tu.

Bila awak jatuh, saya harap saya la manusia pertama yang dapat sahut tangan awak, bantu awak berdiri semula..senyum semula.
Bila awak tersungkur..luka..saya harap saya lah yang akan jadi manusia pertama yang membalut luka awak, menghilangkan parut supaya awak boleh lupa apa itu erti kesakitan.

Mungkin saya bukanlah manusia yang sempurna.
Jujur saya akui saya juga mungkin belum boleh memahami awak sedalam awak memahami saya.
Tapi saya selalu yakin suatu hari nanti saya boleh faham awak, kenal awak seperti mana awak faham saya, kenal saya.

Bila kita ada masalah, hati saya memang sakit.
Tapi jiwa saya merindui awak yang jauh.
Setiap saat berharap awak akan datang kembali kepada saya dan cakap

'semua akan kembali seperti selalu'

Bila saya rindukan awak, gambar gambar awak dalam phone, facebook dan instagram yang menjadi peneman.
Tapi itu belum mampu buat saya hilangkan resah.

Saya selalu rasa selamat bila awak ada disamping saya.
Saya selalu rasa gembira bila awak ada depan mata saya.
Kadang, apa yang awak cakap tak la kelakar mana tapi sebab awak, saya rasa gembira.
Sebab awak, saya yakin saya boleh go through semua benda.
Semua sebab awak.
Awak buat saya rasa tiada yang mustahil kalau kita berusaha.
Awak buat saya rasa tiada yang tak mungkin selagi kita mencuba.

Terima kasih awak.
Selama saya mengenali lelaki, saya tak pernah rasa apa itu rindu.
Tapi dengan awak, saya kenal banyak rasa yang saya tak pernah rasa.
Saya lalui sakit, kecewa, cinta, rindu, gembira..dengan awak.
Bila jauh, saya selalu berharap masa akan bergerak dengan pantas supaya saya boleh berjumpa awak.
Bila berada depan awak, saya selalu berdoa masa akan berhenti hanya untuk saya berada lebih lama dengan awak.
Gila kan? Itu hakikat hati saya.

Kadang-kadang bila sendiri saya berfikir, macam mana la hidup saya tanpa awak.
Mungkin saya akan amik masa yang agak lama nak lupakan awak kalau betul satu hari nanti awak tinggal kan saya.

Tapi doa saya cuma 1.
Semoga Allah penjangkan jodoh dan pertemuan kita.
Saya nak ada awak dalam masa depan saya.
Saya nak ada awak..dalam hati saya

Ikhlas,
Dari yang merindui awak. 

No comments:

Post a Comment