Saturday, August 17

Saya rindu, saya sunyi tanpa awak

Cik Hani | 21:47 | 1Comments |

setiap ketika, bila aku lihat sekeliling aku, tiba-tiba aku teringat dia .. ketika tu, aku termenung, aku terfikir tentang hubungan kami .. yang berada difikiran aku, aku ingin sangat berada disamping dia, dan sejauh manakah hubungan kami membawa perasaan kasih, sayang, rindu dan cinta antara kami berdua??

aku termenung dan termenung ….
kemudian, aku berhenti termenung dan berkata pada diri aku, aku tak dapat nafikan yang aku sangat rindukan kamu .. aku rasa sunyi tanpa kamu ..
aku ingin berjumpa dengannya, aku nak lihat dia ..
tapi, kadang-kadang masa tidak mengizinkan .. kadang-kadang keadaan pula tidak membenarkan kita untuk berjumpa ..
sehingga ada suatu saat tu aku terfikir, kuatkah aku menghadapinya? sanggupkah aku berhadapan dengan semua rintangan tu?

ya, aku sedia hadapinya .. 


 saya sangat perlukan awak, sebab setiap masa saya rindu awak .. saya sunyi tanpa awak ..


1 comment: