Monday, August 19

:)

Cik Hani | 11:41 | 0Comments |
Bacaan surah Al-Insan, ayat 9-12:
Apa jua jenis kenduri yang dilakukan mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Janganlah mengharapkan apa-apa balasan melainkan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah hukum mengadakan kenduri kahwin? H: Berpandukan hadis riwayat Muslim dan Bukhari, daripada Anas bin Malik, “Adakanlah jamuan kahwin walaupun dengan hanya seekor kambing”. Ulama membincangkan dan mengatakan hukumnya ialah sunat yang dituntut, kerana Nabi SAW mengatakan ‘Aulin’ yang bermaksud ‘Adakanlah’.
S: Apakah hukum membuat kenduri secara besar-besaran seperti di hotel? J: Tiada halangan untuk membuat secara besar-besaran. Tapi dalam satu hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa jamuan kenduri kahwin yang pertama ialah sunnah, jika dibuat 2 kali itu satu kelebihan, jika dibuat 3 kali itu riyak dan sum’ah. Oleh itu, paling banyak boleh dibuat 2 kali sahaja, jangan sampai 3 kali. Mana-mana kenduri kahwin yang dibuat secara mudah, itu adalah yang paling berkat. Jangan buat kenduri yang diluar kemampuan, atau kerana ingin menunjuk-nunjuk kerana ianya mungkin boleh menghilangkan barakah.
S: Bilakah waktu terbaik untuk mengadakan walimatul urus? J: Ada setengah pendapat mengatakan bahawa kenduri itu adalah sempena sempurnanya akad nikah. Ada pendapat lain pula mengatakan tak kisah bila dibuat, asalkan tujuannya untuk meraikan dan mengiklankan perkahwinan tersebut. Yang lebih afdhal ialah kenduri yang mengiringi akad nikah dan itulah yang lebih berkat. Oleh itu pendapat saya, kenduri yang lebih baik ialah yang dibuat selepas akad nikah. Oleh itu, untuk mengejar keberkatan, ada pihak perempuan dan lelaki yang mengadakan kenduri pada hari yang sama, atau selang sehari sahaja.
S: Di mana tempat yang lebih baik untuk mengadakan kenduri – rumah atau hotel/dewan? J: Perlu dilihat kepada keadaan rumah juga. Jika rumah sempit dan tak sesuai, maka lebih baik di buat di luar. Jika rumah besar dan ada tempat lapang, lebih elok di buat di rumah.
S: Apakah hukum bersanding? J: Bersanding bererti menyediakan tempat yang cantik-cantik dan didudukkan pengantin di situ. Menurut Syeikh Yusuf Al-Qadrawi, jika pengantin memakai pakaian menutup aurat dan tujuan memperkenalkan kepada orang ramai agar tidak menjadi fitnah, maka itu dibolehkan. Tetapi amalam hari ini, pengantinnya berhias melampaui batas dengan sanggul setinggi gunung jerai, lelaki memakai perhiasan emas, dan cara duduk yang tegak dan keras sahaja menyerupai amalan agama lain yang meminta restu Tuhan mereka. Amalan merenjis tepung tawar adalah bidaah dan khurafat. Jika nak direnjis juga, boleh gunakan air mawar yang bertujuan mewangikankan sahaja. Oleh itu jika ingin dibuat, boleh tapi mestilah dengan pakaian menutup aurat, tak perlu duduk ‘keras’ sahaja, duduk biasa-biasa sahaja dan tinggalkan amalan merenjis.
S: Jika kenduri itu jauh, apakah hukum menghadirinya? J: Jika kita mendapat jemputan, kebanyakan ulama mengatakan hukumnya wajib dihadiri. Maknanya jika ditinggalkan maka berdosa. Namun jika ada keuzuran yang diterima syarak maka boleh ditinggalkan. Contohnya jika kita tidak mampu kerana kos perjalanan terlalu tinggi. Kewajipan juga gugur jika kita yakin ada unsur perkara maksiat dan mungkar dalam majlis tersebut. Contohnya – jika ada nyanyian, percampuran bebas lelaki dan wanita dan sebagainya. Apabila tidak wajib, itu tak bermakna tak boleh pergi. Tepuk dada tanya iman.
S: Bolehkah menjemput orang bukan Islam hadir ke kenduri kahwin? J: Ulama mengatakan boleh dengan syarat kita tidak menyediakan makanan atau minuman tidak halal khas untuk mereka pula.
S: Adakah amalan memberi hadiah kepada pengantin atau bersedekah wang tunai digalakkan dalam menghadiri kenduri kahwin? J: Saya teringat satu kisah ketika Nabi SAW ingin mengahwinkan seorang sahabat yang bernama Saad bin Tsulami, seorang yang hitam dan miskin, dengan seorang gadis yang cantik bernama Atiqah binti Abdul Rahman. Nabi SAW sendiri yang mengakadkan nikahnya dengan maskahwin sebanyak 300 dinar. Nabi mengulangkan akad sehingga 2 kali, barulah Saad yang risaukan belanja maskahwin, itu menjawabnya. Kemudian Saad bertemu Rasulullah SAW untuk mengadu yang dia tiada duit. Nabi SAW mengatakan bahawa dia tahu yang Saad tidak mempunyai wang dan menyuruh Saad bertemu dengan 3 orang sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talid, dan Umar Al-Khattab. Ketiga-tiga sahabat ini memberi bantuan melebihi apa yang Saad perlukan. Oleh itu, ketika zaman sahabat lagi, Nabi SAW menunjukkan bahawa kita boleh membantu meringankan atau membantu orang untuk berkahwin.


No comments:

Post a Comment