Wednesday, August 21

Buat Si Dia

Cik Hani | 11:50 | 0Comments |

saya tahu awak dah banyak bersabar dalam melayan karenah saya
saya tahu, awak dah banyak berusaha untuk menjadi kekasih yang terbaik
dan saya tahu, awak sentiasa berusaha untuk menyayangi saya.
terima kasih untuk semua tu
terima kasih sebab selalu berada disisi saya
senang, susah, awak tak pernah lupakan saya
terima kasih.
doa saya buat awak adalah semoga awak berjaya dalam apa yang awak buat.
kebahagiaan awak, adalah senyuman buat saya.
semoga kita akan terus dan kekal bersama.
semoga apa yang bakal datang dalam hubungan kita
baik pahit mahupun manis dapat membuatkan kita semakin matang dalam memperbaiki hubungan kita dan menuju ke arah yang lebih baik
saya tahu, saya bukanlah kekasih yang terbaik untuk awak
saya tahu saya juga mungkin tidak sempurna seperti kebanyakkan perempuan lain yang awak kenal.
tapi apa yang saya yakin, saya akan berusaha untuk diri saya, awak, dan insyaAllah masa depan kita.
semoga kita sentiasa diberi peluang untuk kekal bersama, Amin

saya nak awak tahu,
saya sangat sayang kan awak.
kebahagian saya datangnya dari awak
luka dan kesedihan saya juga datangnya dari awak.
saya juga nak awak tahu, yang saya mencintai awak.
mungkin masih belum sepenuh hati saya yang kecil ni.
tapi insyaAllah, kalau awak beri saya peluang, saya akan lebih mencintai awak.


No comments:

Post a Comment