Tuesday, August 20

Ambil Masa Dan Beri Masa..

Cik Hani | 01:52 | 0Comments |

Ambil MASA dan beri MASA

Ambil masa untuk kita mengenal hati dan budi si dia. Itu adalah terapi terbaik yang akan membuka lembaran baru dalam hidup anda. 

Ambil masa untuk anda mengatasi kelemahan dan cuba untuk perbaiki diri anda.

Ambil masa, kerana ia boleh mencipta suasana. 

Biar RINDU tercipta.

Biar SAYANG mengulit jiwa.

Beri masa untuk kita dan dia saling mengenali.

Beri masa untuk kita dan dia saling muhasabah diri.

Beri masa, kerana ia akan mewujudkan suasana harmoni

Beri masa, kerana ia akan membentuk masyarakat madani

Percaya atau tidak, masa adalah kunci segala. Masa adalah penentu semua. Dan maasa untuk mengenal pasangan sebenarnya tidak terbatas, dalam erti kata lain infiniti. Anda perlu sentiasa menyelami hati dan budi. Jangan pernah berpuas hati. Takut anda menyesal di kemudian hari. Jumlah masa bukanlah tiket untuk anda mendabik dada menyatakan bahawa anda sudah saling mengenali. Kerana, perlu anda sedar, kita sering berevolusi sejajar dengan peredaran masa itu sendiri. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi ini realiti, berapa ramai dari pasangan yang mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya tetapi akhirnya menemui jalan kegagalan setelah mereka diuji. 

Perlu kita ingat, bukanlah kuantiti masa yang menjadi perkara pokok di sini, tetapi kualiti. Walau anda menghabiskan masa berhari-hari bersama, tetapi masing-masing dengan ego tinggi dan dengan haluan sendiri, ditambah pula dengan tiada berlangsungnya komunikasi, maka output dari perhubungan anda adalah zero kuantiti, juga zero kualiti. Tetapi, jika anda bijak mengatasi kekangan masa yang melingkari, walau cuma diberi satu minit bersama dan seminit bersama dimanfaatkan dengan sepenuhnya maka anda akan temui vaksin terbaik untuk mengubati masalah yang akan timbul nanti.

Jadi, jangan berhenti memberi.

"Hiduplah dengan niat untuk terus memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya..."

No comments:

Post a Comment