Monday, July 1

Ya Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang...

Cik Hani | 21:14 | 0Comments |

Duhai pemilik sekalian alam, 
aku juga manusia biasa, terkadang lemah disisi MU,
aku mampu tersenyum untuk banyak orang,
namun sering kali aku meratap padaMU,
aku mampu kelihatan cantik di khalayak ramai,
namun aku tetap 'hodoh' disisiMU,
insan lain mampu menyayangi aku, namun tetap punya 'tempoh' penamatnya,
namun kau mncinta aku dengan cintaMU yang tak akan pernah berkurang.
justeru ku pohon,.. tetaplah KAU sentiasa memeluk aku, pimpinlah aku..
tatkala tubuh ini tak mampu lagi melawan arus..

No comments:

Post a Comment