Wednesday, July 24

Kehidupan Ku..

Cik Hani | 13:38 | 0Comments |
Salam Ramadhan kita ucapkan pada korang....
lagi seminggu kita dah nak raya, mungkin ada dikalangan korang yang dah beli baju raya, kuih raya, kasut raya dan sebagainya...pada kita, tahun ni tetap tak memberi apa-apa makna pun....tetapi sambutan hari raya tetap kita sambut dengan semeriah mungkin, walaupun serinya dah tak nampak lagi....

Kita juga sedang mengikuti kelas memandu, insyaAllah, 21.08.2013 ni kita akan menduduki test JPJ...lambat?yepp..sebab undang-undang sekarang mennyatakan lesen L perlu dimatangkan selama sebulan :)takpeee sabar menanti lesen P ke genggaman ku hihihi....

Perkembangan terbaru kita juga, menunggu hari untuk menghadiri majlis konvokesyen UPM pada bulan 8 ni...dan pada 09.11.2013 insyaAllah akan berkonvo di KTT pula...hihihi...berharap semuanya berjalan dengan lancar...

Kita masih lagi mencari kerja..dan...kita tau belum rezeki kita...kita menunggu dengan penuh sabar dan yakin, bahawa rezeki kita akan ada, cuma lambat dengan tidak je kan? kita cuba untuk berfikiran positif...susah nak dapat kerja under govourment ni...itu memang kita tak nafikan....sekarang undang-undang lagi ketat tau...apa pun hope korang doakanlah yg terbaik untuk kita yeaaa....

Rasa macam dah banyak masa terbuang, ada juga kita fikir nak kerja kat supermarket, kedai bunga or kedai handphone, tapi entahlah, kita masih lagi menunggu, jika dalam masa terdekat belum ada berita, kita akan bekerja juga cuma bezanya bkn swasta or gov... :)


Kita tau takdir Allah harus kita terima walaupun adakala pahit dan manis...tapi insyaAllah kita cuba mengubah takdir itu menjadi perkara yang paling indah.....


No comments:

Post a Comment