Monday, June 17

Review Mengenai Filem "MAN OF STEEL" ( SUPERMAN)

Cik Hani | 06:36 | 0Comments |

Hari ni saya nak share tentang cerita yang sedang hangat dipawagam,
"MAN OF STEEL"
not bad cerita tu, mula-mula agak slow sikit, memang rasa nak terlentok pun ade...
keseluruhannya memang best! pada sesiapa yang belom tengok, silaasilaaaa PEGI! haha..

MOS_ConcessionPromo

MAN OF STEEL ni cerita dia berkisar tentang CLARK KENT atau nama asalnya KAL-EL yang mana dia ni dilahirkan di planet KRYPTONE tapi dihantar ke bumi oleh ayahnya, JOR-EL dan mak dia, LARA. kat krypton time tu ada guna sistem tabung uji bayi untuk tentukan cita-cita baby tu sejak kecik samaada jadi buruh atau askar perajurit tau, so disebabkan JOR-EL dan LARA tak terima benda tu la diorang ambik keputusan untuk hantar KAL-EL ke bumi, diorang nak anak tu ada pilihan untuk tentukan masa depan dia sendiri. apepon, akhirnya krypton musnah sebab salahguna sumber dana alamnya.

bila sampai bumi, CLARK ni jadi lain dari manusia biasa. contohnya tak boleh nak hadap dan fokus kat kelas when he still small. tapi ada kekuatan pelik contohnya bila bas yang dia naik accident dan jatuh dalam sungai, dia boleh tolak bas tu dari dalam air ke darat untuk selamatkan orang-orang yang ada dalam tu. walau macam mana pon, ayah angkat dia paksa CLARK untuk rahsiakan kelebihan ni sampai satu tahap ayah dia tu mati depan mata sendiri sedangkan dia boleh je nak selamatkan. semangat bercerita hahaa..

MAN OF STEEL ni walau macam mana punn tersangat kurang elemen superhero. kita kalau dengar je superman, mind semua dah set, selamatkan orang, selamatkan dunia. ye tak? tapi filem ni cuma berkisahkan tentang kehidupan dan sejarah CLARK dan misi nak halang kekuasaan GENERAL ZOD. 

walau apa pun, still lagi ada scene yang sungguh tak logik. tapi layan la. haha. apepun, grafik dia cukup cantik. puas tengok hahahaa..


*haihh nak yg ori, cik abang taknak bagi! :( 

Terima kasih pada cik abang tersayang, sebab sudi bawa saya keluar tengok wayang..
saya terlalu hargai.. bukan senang dia nak buat kejutan macam tu...
lagi pulak mengenangkan dia terlalu sibuk dengan kerja...
percayalah, kenangan manis yang mungkin takkan saya lupa bila bersama abang..

Kejutan demi kejutan untuk saya, itulah dia lelaki yang 
amat saya sayangi yang paling penting,, saya hargai apa yang dia buat untuk saya..
dia seorang yang mengambil berat tentang diri saya, 
dan terlalu bersabar melayan kerenah saya...
THANKYOUU SO MUCH ABG :)

No comments:

Post a Comment