Friday, June 28

Pesediaan Menjelangnya Ramadhan Nanti..

Cik Hani | 12:38 | 0Comments |

:: persedian bulan Ramadhan ::


Disini disenaraikan secara ringkas Persediaan Bulan Ramadhan yang bakal tiba.


1.Persediaan ilmu agama terutama berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa. Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan buku-buku agama, ceramah disurau dan masjid serta internet.


2.Menyediakan tubuh badan yang sihat dan cergas agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan dapat melakukan amal ibadah sunat dengan lebih banyak lagi.


3.Merancang perbelanjaan. Buat kiraan lebih awal perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seperti untuk peruntukan perbelanjaan harian di bulan puasa, untuk menyambut Syawal dan tidak ketinggalan untuk bersedekah dibulan Ramadhan dan menunaikan zakat. Jangan lepaskan peluang bersedekah dibulan yang baik ini.


4.Perancangan masa. Tetapkan jadual aktiviti harian iaitu masa bekerja, bersama keluarga dan untuk beribadat.


5.Mula melakukan ibadah di bulan Sha’aban seperti puasa dan membaca Al-Quran, agar ibadah yang dilakukan dibulan Ramadhan lebih sempurna lagi.


6.Muhasabah diri. Perbaiki diri dan buang amalan dan perbuatan yang menyalahi agama seperti maksiat.


7.Buat persiapan untuk hari raya lebih awal agar dapat lebih tumpu perhatian untuk beribadat di bulan Ramadhan.


8.Memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan.



Rujukan Persediaan Bulan Ramadhan:


http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=365&Itemid=148


http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=16&parent=06


http://ustaz.blogspot.com/2006/09/ringkasan-persediaan-menghadapi-bulan.html




No comments:

Post a Comment