Monday, June 17

Impian ingin memiliki..sebagai wishlist saya..

Cik Hani | 15:43 | 0Comments |
Saya memang dari dulu teringin sangat nak memiliki 
sesuatu yang dah lama saya impikan..
agak-agak tahun ni tercapai tak nak beli?...
teringin nak dapat Canon Eos 1100D :)
Kenapa saya suka Canon Eos 1100D ni ye? 
kat bawah ni antara sebab-sebab kenapa
saya ingin memiliki camera ini :)

EOS 11000D direka khas bagi mengatasi masalah 
kualiti gambar yang tidak memuaskan pada kamera kompak.
DENGAN pengalaman lebih 75 tahun dalam dunia fotografi,
 nama Canon memang tidak perlu diperkenalkan lagi.


Seiring dengan perkembangan tersebut Canon sekali lagi
 tampil dengan kamera lensa refleks tunggal (DSLR) 
terbaru iaitu Canon EOS 1100D yang dilengkapi dengan 
teknologi terkini dan aplikasi unggul dunia pengimejan.


Turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format video HD penuh.
Ringan serta memiliki skrin bersaiz 2.7 inci menjadikan 
kamera DSLR terbaru daripada Canon ini pilihan terbaik 
peminat kamera bagi siri DSLR empat digit. 
Direka khas untuk mengatasi masalah kualiti gambar 
yang tidak memuaskan pada kamera kompak.
Tidak terhenti setakat itu, gajet ini juga memiliki 
jarak merakam yang lebih dinamik dari ISO 100-6400. 
Ia bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap 
jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap mahupun gelap.
Kamera ini turut disempurnakan bersama sensor CMOS beresolusi 12.2 megapiksel untuk kesan imej berkualiti tinggi.
EOS 1100D ini disempurnakan bersama sensor
 CMOS beresolusi 12.2 mega piksel untuk kesan 
imej berkualiti dengan paparan warna natural dan terperinci.
Melihat dari sudut teknikal, kamera itu dilengkapi
 pemproses berkembar DIGIC 4 untuk operasi lebih cepat dan lancar.
Kelebihan berkenaan akan memberi kesan terbaik
 pada imej yang dirakam dengan kelajuan tinggi.
Bukan itu sahaja, sebagai bonus kepada peminat 
kamera pelbagai fungsi, EOS 1100D turut dilengkapi 
dengan kebolehan merakam video pendek dengan 
format video HD penuh (1280 x 720) resolusi.
Lari daripada kelaziman kamera DSLR yang pada 
kebiasaannya berwarna hitam, kali ini EOS 1100D 
didatangkan dengan empat pilihan warna istimewa, 
iaitu kelabu, coklat, merah dan hitam.
Apa yang pasti, gajet ini merupakan antara kamera 
DSLR yang tidak rugi untuk dimiliki kerana 
sifatnya yang dinamik disertakan dengan pelbagai aplikasi.
Antara sebab kenapa saya ingin memiliki, dan ia 
adalah salah satu impian saya tauu! hihi ^_^
Untuk maklumat lanjut korang boleh melayari laman web www.canon.com.my.

No comments:

Post a Comment