Saturday, May 18

Untuk Teman-teman blogging...Renungkan...

Cik Hani | 21:50 | 0Comments |

awak,
bila dia ada dihadapan awak
betul betul didepan mata awak
pernah awak nampak kehadirannya?
pernah awak hargai dia?
pernah awak rasa kesedihan dia?

awak,
disaat awak buntu
disaat awak lemparkan kata kata kesat
awak tahu bagaimana dia keraskan hati tahan segala?
dia kuatkan jiwa, tahan semua demi awak
dia kebelakangkan perasaannya demi keutamaan perasaan awak
tidak cukupkah semua pengorbanan dia untuk awak?

awak, 
dia tidak minta duit berganda
dia tidak minta harta ribuan juta
dia tidak minta wangian ratusan harga
dia minta satu
hanya satu
kasih sayang dan keikhlasan awak

awak,
disaat dia amat memerlukan
pernah awak hulurkan tangan?
pernah awak bertanyakan emosi dia?
pernah awak bersusah payah menenangkan dia?
pernah awak bisik kan kata kata semangat?

awak,
hidup ini tidak lah lama
malah tidak sesiapa pun tahu
berapa panjang sesi kehidupan seseorang
tidak sesiapa tahu

awak,
sekiranya dia pergi
awak jangan tanyakan kenapa
jangan peningkan fikiran
jangan buntukan akal
sebab pemergian dia semua kerana awak

awak,
di saat dia tiada
jangan duduk dan hanya menangis
tangisan awak tidak akan mengubah apa apa
dia tetap tiada

awak,
rasa kan satu kematian setelah dia tiada
rasakan bagaimana peritnya
itu rasanya ketika awak bersama dia
itu yang dia rasa
pahitnya tidak terkata

No comments:

Post a Comment