Thursday, May 16

Untuk Awak (16/5/2013)

Cik Hani | 00:17 | 0Comments |


Selama kita bersama, saya selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik ntuk kita
Untuk awak,
Untuk masa depan.
Tapi saya hanya manusia biasa. 
Kadang saya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Kadang saya mungkin mengulangi kesilapan yang sama.
Sebab? Saya hanya manusia biasa yang Allah ciptakan untuk melakukan kesilapan
Tapi dengan awak, saya berusaha untuk mengurangkan kesilapan tu.
Saya berusaha untuk menjadi yang terbaik sebab saya tahu,
Tiada istilah sempurna dalam mana mana perhubungan.

Saya tak tau atau tidak pasti kalau awak akan membaca nukilan yang saya tulis ni atau tidak.
Kepada awak yang sangat saya cintai,
Saya tidak pernah berhenti menyintai awak.
Perkataan bahagia dalam hati saya hanya wujud bila saya bersama dengan awak.
Tanpa awak, hari hari saya kosong.
Tanpa awak, air mata menjadi sahabat baik saya.
Tanpa awak, saya terasa lemah.
Mungkin sebab saya dah terlalu memberikan sepenuh hati saya kepada awak.
Saya nak awak sentiasa tahu, 
Kemana awak berjalan, doa saya selalu untuk awak.
Kemana awak berlari, ingatan saya akan selalu menemani awak 
Sebab saya, nor hanifah zainal abidin, amat menyayangi awak.

Di setiap payah yang awak hadapi, 
Saya tak pernah takut untuk bersama
Sebab saya tahu, walaupun saya mungkin tak dapat nak selesaikan masalah awak
Sekurangnya saya nak awak tahu yang saya akan selalu ada untuk awak.
Di setiap senang dan duka yang awak terima,
Saya tak pernah lupa untuk bergembira bersama dengan awak
Sebab dengan hanya melihat senyuman awak,
Hati saya turun tersenyum. Hati saya turun gembira.
Di sebalik setiap air mata yang awak titiskan secara diam diam
Saya tak pernah alpa untuk berduka sama
Sebab saya mahu rasai beban yang awak rasai
Dan di setiap sakit demam yang awak tanggung
Saya sentiasa berdoa kepada Allah, supaya Dia alihkan sakit itu kepada saya.

Awak, cinta hati saya,
Kalau awak baca apa yang saya tulis ni
Saya nak awak tahu yang saya tidak pernah berhenti mengingati awak.


Saya minta maaf seandainya banyak menyusahkan awak, menyakiti hati dan perasaan awak, ketika saya bersama awak. 
Dan hari ni, saya berdoa agar awak memberikan saya peluang yang sama.
Peluang untuk dimaafkan
Peluang untuk berubah dan menjadi lebih baik dari hari hari semalam. 
Saya minta maaf untuk semua kesulitan yang saya beri kepada awak.
Saya mintak maaf untuk semua kepayahan yang awak harus terima.
Dan saya mintak maaf untuk setiap kekurangan diri saya yang mungkin mencacatkan mata awak.

Saya, sangat rindukan awak.
Demi Allah, saya sangat dan teramat merindui awak.
-cik hani-



________________________________



setiap kali saya buka mata,
saya nampak awak.


setiap kali saya cuba pekak kan telinga,
saya dengar suara awak.

setiap kali saya saya kesorangan,
saya tahu awak menemani saya dari kejauhan.

awak.

yes! awak.

______________________________


Nota: saya berdoa saya diberikan lebih kudrat untuk terus teguh berada disisi dia.
saya berdoa saya diberi kesihatan yang baik untuk sentiasa menjadi penyokong dan pendengar dia yang setia.
semoga suatu hari nanti saya dapat melihat kejayaan dia
semoga suatu hari nanti, andai kata saya harus tinggalkan dia,
saya tahu dia dah berjaya dalam hidup dia.
saya tahu dia dah buat yang terbaik untuk kehidupan dia
dan saya?
saya akan sentiasa doakan dia
doakan yang terbaik untuk dia.
terima kasih sebab selalu berada disisi saya
senang, susah, awak tak pernah lupakan saya
terima kasih.
doa saya buat awak adalah semoga awak berjaya dalam apa yang awak buat.
kebahagiaan awak, adalah senyuman buat saya.
semoga kita akan terus dan kekal bersama.
semoga apa yang bakal datang dalam hubungan kita
baik pahit mahupun manis dapat membuatkan kita semakin matang dalam memperbaiki hubungan kita dan menuju kearah yang lebih baik
saya tahu, saya bukanlah kekasih yang terbaik untuk awak
saya tahu saya juga mungkin tidak sempurna seperti kebanyakkan perempuan lain yang awak kenal.
tapi apa yang saya yakin, saya akan berusaha untuk diri saya, awak, dan insyaAllah masa depan kita.
semoga kita sentiasa diberi peluang untuk kekal bersama, Amin

saya nak awak tahu,
saya sangat sayang kan awak.
kebahagian saya datangnya dari awak
luka dan kesedihan saya juga datangnya dari awak.
saya juga nak awak tahu, yang saya mencintai awak.
mungkin masih belum sepenuh hati saya yang kecil ni.
tapi insyaAllah, kalau awak beri saya peluang, saya akan lebih mencintai awak.

No comments:

Post a Comment