Saturday, May 18

lidah hati jiwa PERLU BERSUNGGUH.........

Cik Hani | 23:22 | 0Comments |

kalau awak benar benar sayang 
jangan buang hingus setengah jalan 
sebagaimana batuk di tangga 
awak tahu dia akan setia sehebatnya 
tapi jaga jaga, hati dia juga terluka 
hargai dia 

permulaannya sahaja awak bersungguh 
nah selang beberapa hari 
sungguh itu kian menyorok 
nak teruskan pun dia kian ragu ragu 
masa depan dia mungkin di tangan awak
tak sedarkah itu ?

ego itu perlu 
tapi sebaiknya di posisi yang betul 
menggunakan masa setepatnya 
dan bukan bila perlu sahaja awak cari dia mati matian
dia bukanlah manusia yang punyai hati jadian 
hati dia jujur ikhlas tulus 

jangan bikin semuanya redup 
setelah sebelumnya gian bersungguh 
nah, ini namanya lelaki 
bila sudah punyai status yang melegakan 
dia akan mula lepak bersandar 
seperti si perempuan itu sudah miliknya 

celik 
tolong jangan 
ini bukan permainan 
ini namanya gerak geri yang sedang diperhati 
ikhlaskan kesungguhan 
demi Tuhan 

cukup memori sebelumnya dia dikecewakan 
jangan ditambah helaian memori itu 
hal yang mudah jangan di ambil dengan serabai 
terima dia apa adanya dia 
tak perlu diubah kiranya jujur menyayangi 
itu lebih bermakna 

jangan datangi dia dengan cara begini 
dia cukup kecewa 
khuatir jika awak dan bekas temannya seangkatan pula
tidak 
tolong jangan bersikap seperti si dia yang dahulunya
cukup dia kecewa sehampanya

jenis dia 
yang gemar dihargai 
hatinya kata jika sayang jangan malu tunjukkan 
sebelum segalanya kian memakan masa
kian menuju kelewatan 
dan waktu itu yang awak akan terima
hanya sia sia 
dan segalanya tak akan jadi nyata 

dia cuba ikut rentak awak 
pernah awak cuba sebaliknya ?
bercinta tak salah kiranya masih di landasan 
beza umur itu harusnya lebih mematangkan 
apa benar ini cara awak hargai perempuan ?
sebegitu caranya ?



masih belum terlambat 

No comments:

Post a Comment