Tuesday, May 21

Conteng #

Cik Hani | 14:07 | 0Comments |

Kalaulah awak tahu,
Sedalam mana sayang saya pada awak..

Kalaulah awak tahu,
Setinggi mana kasih saya terhadap awak..
Kalaulah awak tahu,
Seluas mana cinta saya terhadap awak...
Pasti awak akan terasa seperti orang yang paling bertuah..

Kerana ini kali pertama selepas 3 tahun, saya ada perasaan begini...
Ingin dimiliki dan mula mencari...
Ingin dicintai dan mula menyayangi....
Ingin digilai dan mula merindui....
Kerana awak, mimpi berubah menjadi realiti...

Saya tahu saya cuma manusia yang belum cukup dewasa..
Saya sedar saya cuma gadis yang masih bertatih mengenal erti cinta..
Saya faham saya cuma seorang perempuan yang ada saja masalahnya...
Tapi bila dengar jawapan awak, saya kata saya hanya perlukan awak saja...

"Walau awak boleh hidup selama satu hari lagi,
walau awak masih boleh hidup selama 3 jam saja lagi,
walau awak boleh bernafas beberapa minit saja lagi,
saya akan pastikan minit terakhir itu akan jadi kenangan terindah buat kita.."

Andai ini mimpi sebelum saya pergi...
saya nak awak tahu,
saya bahagia walau adakala saya terluka,
saya percaya walau terkadang curiga..
saya cinta walau cuma saya yang rasa..
kerana hati yang awak beri terlalu berharga untuk saya...

Awak..
Terima kasih sebab beri saya rasa mencinta..
Terima kasih sebab buat saya rasa berharga..
Terima kasih sebab buat saya menerima...
Terima kasih sebab cuba memahami saya..
Cinta itu adalah sesuatu yang tidak dijangka...
Awak adalah kenangan terindah buat saya........

"Kadang-kadang kite terlupa kite penah gembira bersama dia..
Kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa..
Kadang-kadang kite tersenyum sebab dia buat kita bahagia..
Adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya..
Orang itu adalah orang yang kita kongsi suka dan duka bersama kita..
Hargailah mereka kerana diri kita tak penah pun terlintas untuk dilupakan oleh dirinya..." 


No comments:

Post a Comment