Sunday, May 19

:)

Cik Hani | 17:48 | 0Comments |

awak tak pernah tahu 
dia tersangat berdoa untuk awak buka hati awak 
untuk terima dia seadanya dia
tanpa wujud sebarang tolakan daripada belakang 
bermakna 
sayang itu wujud hasil daripada hati yang ikhlas

awak tak pernah tahu 
dia cuba banyak banyak
tak terkira jumlah banyak 
dia dah tak peduli 
apa orang lain kata 
dia tahu hanya awak dalam hati dia

awak tak pernah tahu 
dia menangis teresak esak di tengah malam 
air mata itu menidurkan dia 
nyenyak kerana dia hilang tenaga
tenaga meraung dalam diam
apa awak masih tak nampak ?

awak tak pernah tahu 
dia pernah rasa putus asa
putus saraf cinta 
tapi dia kerap 
acapkali menadah tangan 
pada Allah yang dia sayang daripada segalanya
memohon agar hati awak terbuka 

awak tak pernah tahu 
dia sayang awak
dia mahu awak 
dia harap awak 
dia perlu awak 
dia ada awak

awak tak pernah tahu 
dia semakin keras
jangan wujudkan rasa menyesal dalam jiwa dia
menyesal kenal awak 
jangan 
bila detik itu datang 
awak mungkin menangis 
awak mungkin tersadai kesal 

awak tak pernah tahu 
dia rela tak berkawan sesiapa jua lelaki 
hanya itu cara dia nyatakan bahawa dia setia 
bahawa dia pejam mata
walau hero yang datang menjemput terlalu ramai 
terlalu tertinggi kedudukan 
terlalu mantap paras rupa
terlalu gila dikejar wanita

awak tak pernah tahu 
dia sedang bersandar 
fikirkan masa hadapan 
fikirkan harapan mak abah 
fikirkan lamunan memori
fikirkan apa sebenarnya cerita yang Allah telah tulis

awak tak pernah tahu 
dia sangat mahu awak sedar 
dia mahu awak hargai dia
mahu awak lihat dia bukan sekadar dimata 
tapi di hati 
di jiwa 
di minda


NOTA : apa yang boleh kita buat untuk buka mata dia jika dia sendiri sedang pejam mata ketat ketat ?

No comments:

Post a Comment