Saturday, May 18

Awak

Cik Hani | 13:37 | 0Comments |

awak,

saya tahu, saya masih belum dapat jadi yang sempurna di mata awak..

saya tahu, masih banyak kekurangan yang ada pada diri saya..

maafkan saya andai pernah melukakan hati awak sepanjang 4 bulan lebih perhubungan kita..


awak,

bukan harta dan kemewahan yang saya mahukan..

cukup dengan apa yang ada, saya terima kekurangan dan kelebihan awak..

paling utama, restu keluarga dan doa mengiringi kita..



awak,

tiada hubungan yang sentiasa bahagia tanpa sebarang dugaan..

saya harap, awak sudi melalui apa jua dugaan yang datang dalam hubungan kita bersama saya..

saya harap awak sudi menerima saya dalam keadaan yang serba sederhana..

saya harap awak sudi menyayangi dan mencintai saya sepanjang hidup saya..


No comments:

Post a Comment